Thursday, March 8, 2012

My Poor Baby with Coxsackie - Part 2

Assalammuaalaikum...

Khamis, 1 Mac, awal pagi, saya dan hubby bersiap-siap ke hospital. Tengok muka hubby memang kusut. Ye lah, Muammar tak sihat...malam takleh tidur. Kebetulan pagi tu dia ada site meeting dengan boss kat site project. Tapi hubby kata, jom bawak Muammar pi hospital dulu. Meeting kalau sempat nanti dia pergi. Saya menurut aje....

Mula-mula kami ingat nak ke hospital besar. Then on the way hubby kata terus shoot pi Alor Star aje lah....Decide nak pi PMC.

Dalam kereta Muammar still merengek...tak boleh jugak nak direct feed BF. bagi dia sippy cup boleh la dia minum skit-skit. Kesian tengok dia ...lemah dah badan dia.

Hubby drive pun sikit punya laju. Kul 8.30 pagi dah sampai PMC. Register bagai-bagai, kul 9 tunggu doktor pulak. Katanya 9.30 , tapi dekat kul 10 baru nampak doktor. Then kena tunggu turn plak lagi. Rasa cam lambat je masa berlalu bila tunggu turn Muammar nak boleh masuk jumpa doktor. Muammar pun merengek aje...Saya tau dia lapar, penat, mengantuk dan tak selesa. Masa tu rasa macam helpless sangat. Dalam hati saya duk kata , " Ya Allah, apa lah yang boleh aku buat untuk hilangkan kesakitan anakku ini...???"

Dan banyak kali jugak saya cakap kat Muammar, " sabar ye sayang.....macam mana la ibu nak tolong adik lagi nih?? Ibu kesian kat adik..Ibu tau adik lapar ..nak susu yer....minum sikit yer....sikit pun jadi la..pelan-pelan...biar cepat baik yer.....". Jadi macam buntu sangat bila tak tau buat apa nak tolong Muammar.
Masa kat PMC, mujur ada Kak Nora. Kak Nora nih office  mate hubby. Office hubby tak jauh dari PMC. So, Kak Nora teman kitorang dari pagi tuh sampai la settle di PMC. Muammar pulak, yang saya bangga tuh, dalam tak larat dia, masih jugak tersengeh bila Auntie Nora dia agah. Boleh jugak senyum sikit-sikit bila kita ajak main dengan dia....Hmm, memang kuat anak ibu nih yer....

Bila masuk jumpa doktor, doktor cek tangan, kaki dengan mulut Muammar.. Rashes merah makin banyak. Masa doktor suluh mulut Muammar dengan lampu suruh hubby tengok ulcer dalam mulut dia, hubby kata memang banyak ulcer kat tekak dia. Bersusun biji-biji kecik-kecik. Merah mulut Muammar. Suhu demam  pun tinggi, 38.7 dgree.

Doktor bagi dua options. First, ambil ubat dan makan ubat kat rumah aje. Second, admit ward, pemantauan di hospital, ada ubat dan boleh masuk drip. boleh pilih sama ada nak kat PMC atau hospital besar. Doktor akan buat referral letter.
Doktor inform yang simptoms akan jadi lebih teruk sebab masa tu baru masuk hari kedua. Rashes tu akan tambah teruk sampai baby tak boleh makan minum langsung dan suhu akan lagi tinggi. Takut bila badan baby lemah, lagi teruk keadaannya. At least at hospital, akan di pantau dan boleh drip untuk bagi tenaga. 

Mula-mula kami decide admit di PMC aje. Tapi after discussion dengan Kak Marina,agent takaful Muammar, kami minta doktor refer ke KMC.

...to be continued......


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...