Thursday, May 20, 2010

BATU-BATU



Yeayy...gembira hati ni rasanya merentasi minggu ke-22 kehamilan. Kalau diikutkan, minggu ini aku akan mula merasakan aksi-aksi si kecil yang berguling-guling dan membuat pusingan-pusingan somersault di dalam ruang istimewanya. :D

Sungguhpun begitu, aku masih lagi menantikan detik rasa buih-buih berterbangan...atau rama-rama mengibar-ngibarkan sayapnya....atau seperti butiran bertih jagung yang meletup-letup di dalam sana...seingat aku sejak minggu ke 16 lagi telah aku nantikan tanda-tanda halus kewujudan si kecil ini ( macam yang aku dah baca kat forum-forum internet ibu-ibu mengandung nih. Sejak-sejak preggy nih rajin baca-baca gitu sebab nak cari info ).

Kerisauan menyelubungi hati dan jiwa raga ju ini....apakah kerana si kecil aku ini masih lagi agak seni saiznya hingga tanda-tanda kecil itu menjadi sangat subtle untuk aku sedari.? atau pun kurang sihat kah dia? atau kurang tenaga kah dia memandangkan si ibu nya nih, yang selalu tidak berselera terhadap hidangan? atau apakah yang menggangu fikirannya? adakah terganggu dengan fikiran ibu yang sering bercelaru dan sering kesedihan sehingga memberi tekanan padanya??

Ibu akan menanti dengan sabar wahai si kecil ku....Ibu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mu tiap masa sehingga tiba detik pertemuan kita kelak.....

Ibu sayangkan kamu sayang......<3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...