Wednesday, March 7, 2012

My Poor Baby with Coxsackie - Part 1

Assalammualaikum...

Agak lama saya tinggal kan blog nih...dah ada 2-3 entry yang ter'delay'. Tapi this time, entry ni saya create khas untuk cerita experience Muammar ku sayang diserang virus coxsackie.

Mula-mula, u olls tau dak coxsackie virus tu ape? Coxsackie virus nih yang boleh mengakibatkan penyakit tangan, kaki dan mulut atau hand, foot & mouth disease (HFMD). Biasanya yang terdedah kepada jangkitan adalah kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.Gejala yang ketara adalah ruam berair macam Chicken pox kat tangan, tapak tangan, tapak kaki dan juga di dalam mulut. Dalam mulut biasanya akan jadi ulcer yang teruk.

Biar saya cerita dari awal yer....

Hari Rabu, 1 Mac - Muammar bangun pagi dengan ceria...macam biasa...sibuk teman saya iron kemeja hubby dan prepare breakfast...Masa abah dia nk pi keja, Muammar masih lagi boleh ketawa bila babai abah.

Lepas breakfast dan mandi, Muammar main macam biasa...Saya pun buat keja dapur sikit-sikit...Tapi Muammar mula meragam..asik nak ikut mana saya pergi...kena tinggal jer, mula menangis...saya pun pelik kenapa pulak dia mengada-ngada....selalu boleh jer main sendiri....

Dalam pukul 11 gitu, Muammar susu dan tertidur...Saya sambung buat keja dapur...Jam 12 lebih Muammar terjaga, saya sambung BF dia...topok-topok montot dodoikan dia...usap kepala dia, rasa suam-suam....dalam hati berdetik...

"Eiisshhh...demam adik nih...". Bila Muammar lena semula, saya amik termometer. Cek suhu Muammar..37.5 degree...Ada demam sikit.....hati mula susah :(

Hubby balik lunch, saya pun report kata badan Muammar panas. Hubby kata suh buh kool fever dan jerlum kepala dia dengan towel basah. Kut-kut nanti petang ok..Saya bagi ubat demam yang KK bagi untuk setiap  immunisation jab Muammar. Pas tu Muammar pun lena balik.

Petang sikit badan Muammar still panas....tengok dia pun tak selera dah nak main...hati ibu mana yang tak rusuh tengok anak dia yang selalunya aktif cergas tetiba tak bernafsu nak main..dia nampak tak larat....merengek aje....muka merah...kejap-kejap dia nak baring....pantang nampak saya bangun, dia mula nangis.....

Yang lagi sedih, bila Muammar asik pandang kat longgokan toys mainan dia...tengok dia memang ada hati nak main....tapi nak merangkak pi kat mainan tu dia dah tak larat....kesian sangat masa tu saya tengok dia...
.
Tido petang....tengah hari tak de selera makan




Maghrib....pas solat, saya cek Muammar...tangan dan kaki...Ada nampak bintik merah...Hati dah berdebar...dah syak yang bukan-bukan...bukan chicken pox, sebab Muammar dah dapat masa umur dia 21 hari. Kebetulan, baru beberapa hari sebelum tuh, saya chat dengan member di UiTM pasal anak dia yang kena HFMD 2 minggu lepas.


Saya mengadu kat hubby. Dan-dan, hubby suruh siap untuk bawak Muammar ke klinik. Dalam hujan lebat hubby pecut kereta nak kejar waktu closing klinik kanak-kanak Dr. Harcharan yang kami selalu bawak Muammar tu. Sampai kat sana, dah hampir nak tutup. Tapi nasib baik masa tu ada 4-5 orang lagi patient.

Dr. Harcharan memang baik. Sebelum ni kami bawak Muammar memang ok. Tapi malam tu, tengok dia examine Muammar macam ala kadar... saya tanya macam-macam, dia jawab nak tak nak. Even temperature Muammar pun tak ambik. Tu yang wat saya geram....:(( 

Dia  yang confirmkan Muammar dijangkiti HFMD. Dia bagi ubat demam, ubat antibiotik, ubat sapu untuk gatal dan gel mulut untuk ulcer. Dia kata, nanti 4-5 hari baik....Kami pun balik dengan harapan Insya Allah Muammar akan sembuh dan tak de apa yang kami perlu risaukan sangat.

Baru pas bagi ubat demam. Boleh main sekejap
Malam, Muammar tak boleh tidur....nangis dan merengek. Tak mahu menyusu. Tiap kali suakan susu, dia menangis. 

Masa tu, saya memang rasa nak nangis sama. Kesian sangat tengok dia nangis sampai takde suara. Muammar tak jerit, nangis aje..Mengongoi.....Ada dua kali aje dia terlena...dalam setengah jam aje..itu pun sebab dia dah terlalu letih agaknya...susu tak leh langsung...Bila saya fikir dia tertidur dalam keadaan letih dan lapar susu, menitik air  mata.....Ya Allah..memang kesian tengok dia.....

Masa tu saya dan hubby gilir-gilir peluk dia....kami ingat dia tak mau susu sebab pahit tekak kerana demam..Sepanjang malam kami berjaga...Sayu tengok Muammar....saya pula sampai sakit-sakit badan sebab bengkak susu....ye lah, Muammar tak mau hisap langsung. Sedangkan selalu malam-malam 3-4 round dia BF.... Last sekali dia BF masa on the way balik dari klinik jam 10 malam...kalau dah sampai subuh, dah berapa jam dia tak susu...kesian kan...?:((

Lepas solat subuh, hubby decide kami pi bawak Muammar ke hospital. Tak sanggup dah tengok dia nangis dan badan dia pun panas macam tak surut jer...

Waktu solat subuh, saya doa pada Allah sampai nangis-nangis....

"Ya Allah, sesungguhnya aku tak berdaya melihat Muammar tersiksa kesakitan..kesian dia kelaparan tak boleh menyusu dariku....jika lah boleh aku menanggung kesakitannya, aku rela Ya Allah..asalkan Muammar sihat dan tidak kelaparan. Biarlah aku yang menanggung pedih yang dia rasakan..."

Memang sayu sangat hati ibu nih bila tengok anak sakit tau...Kalau lah boleh, biar saya galang gantinya. Pagi tu, usai solat subuh, saya pump susu untuk Muammar....tangan sebelah pump susu, sebelah lagi gendongkan dia sebab dia tak mau berenggang dari saya......Alhamdulillah, 20 minit dapat 7 oz. Lega sikit bengkak susu saya. Saya buh 2 oz dalam sippy cup Muammar, pelan-pelan saya bagi dia sip sikit-sikit sepanjang perjalanan ke Alor Star. ... yang selebihnya saya bawak bekal untuk Muammar.

 Alhamdulillah, sikit-sikit dia telan buat hilang dahaga. Nak suruh dia direct feed memang tak mau. Tapi memang kesian sangat-sangat tengok dia. Tak boleh senyum dah. Badan dah letih sangat saya tengok. Maybe sebab lapar dan letih menangis dan tak cukup tidur.

Kesian anak ibu...:(
...to be continued.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...