Tuesday, December 6, 2011

Rendang Ayam Ekspres :D

Assalammualaikum....

Hari ni pening kepala fikir idea nak masak apa....Tetiba terfikir sedapnya rendang yang ibu buat..huhuu. Terliur dibuatnya..tapi sekarang dah ada kat umah sendiri, mana nak cekau rendang ayam yang ibu buat kan...????

Biasanya rendang ni lauk yang sesuai masa kenduri dan hari raya saje...Itu bagi saya la..sebab rendang ni cam special skit...kalau time raya, wawee...syok nye makan ngan lemang kan.....nyummm...nyummm

Panjang pulak mukaddimah....heheheh. So, hari ni, saya telah decide nak masak rendang ayam ....:D Tapi version yang ekspres punya la...sebab guna barang-barang yang ala ada aje kt dapur saya..tapi hasilnya..dijamin tetap marvellous...:D

Sebelum saya share recipe, jom tengok hasilnya....bagi semangat skit kalau uolls nak try...resipi yang simple tapi sedap..

Rendang ayam sedap...fresh from my kitchen....nyum..nyum  :))
Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (potong ikut suka, kecik ker, besar)
2 sudu besar rempah kari daging/ayam
1/2 biji kelapa (ambil santan pekat sahaja)
Asam keping/air asam jawa
__________________________________________
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2-3 batang serai saiz sederhana
5 tangkai lada kering
5 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah)
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis

(bahan-bahan di atas blend sampai sedap...heheheh)


Untuk tambah kewangian rendang ayam nih, sila tambah ;

5 helai daun limau purut dihiris halus
1 helai daun kunyit

Cara memasak:

1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari.
3. Tambah sedikit air asam jawa/asam keping
4. Masukkan ayam. Gaul sebati dengan rempah tumisan.
5. Masukkan santan pekat. Tunggu hingga mendidih.( Ikut la, u olls nak pekat ker, nak berjuah sikit ker...kalau saya suka yang berkuah sikit..boleh wat cicah-cicah)
6. Tambah garam dan perisa secukup rasa.
7. Boleh masukkan daun kunyit/ limau purut yang dihiris. Tutup api.

Tadaaaaa...boleh dimakan dengan nasi panas-panas....Nyum-nyum.....

Resipi rendang ayam yang simple, modified resipi rendang ayam ibu. Tak sabar nak tunggu encik hubby balik, makan malam lauk rendang ayam bersama..heheheheh

Selamat mencuba u olls!!!!!! Dijamin sedap......:D


1 comment:

Mona_Vitalady said...

nak masak jugak...hehehe...best2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...