Monday, December 12, 2011

Banana Pancake for Brekkie :)

Assalammualaikum...

Last week, my MIL kirim pisang kat my darling hubby. Tak tau pisang per nama dia, tapi sangat la montok pisang ni. Nak kata pisang montel, bukan. Sebab pisang montel kulit licin, dan besar panjang. Yang ni, kulit tak licin sangat, bulat montok dan tak berapa panjang. Tapi yang pasti, pisang ni sangat sedap okehhh...:D

My MIL bagi sesisir. Hari tu tak masak ranum lagi. So, peram je lah. Semalam, tengok pisang ni dah ranum elok kuningnya. Apalagi, otak pun ligat berfikit, sayang nye pisang cantik-cantik gini wat cekodok pisang jer...Boring gak makan cekodok pisang. So, masa tengah layan FB semalam, saya pun meng'google'  resipi pisang.

Klik sana...klik sini...last-last terberkenan ngan resipi Pancake Pisang ni. Jadinya hari ni, for breakfast, kami sefamily makan pancake ler ceritanya.......

Jom share resipi. Ianya adalah senang ..boleh try bila-bila masa...Dijamin menjadi tau...heheheheh

Banana Pancake Sedap

Bahan-bahan:

1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar gula
Secubit garam
2 biji pisang ranum (dilecek)
1 cawan susu segar
2 sudu besar minyak masak/ marjerin
1 biji telur
Esen Vanila

(adunan ni boleh dapat 12-15 keping pancake. Depends pada size yang u olls nak. Penyediaan adunan tak sampai 10 minit pun. Blend aje semua. Tapi nak menggoreng adalah take time skit sebab buat sekeping-sekeping. )

Cara-cara:

1. Gaul tepung, garam dan garam.
2. Adun telur, susu, marjerin,pisang dan esen vanila. guna blender ajer sebab saya xder mixer.
3. Selepas adunan sebati ( jadi creamy) masuk campuran tepung. Blender lagi sampai halus takde lump.
4. Panaskan kuali . Oles sedikit marjerin. Api kecil. Tuang adunan dalam 3/4 senduk gulai yang biasa dalam gerakan membulat. Baru jadi bulat elok pancake tu....
5. Bila pancake dah naik bubble, boleh terbalikkan.

Nampak tak bubble kecik-kecik tu? So boleh turn over pancake pisang anda.

Tunggu masak kejap dalam seminit, dah boleh angkat.

Taadaaaaa......Banana pancake sedap boleh dihidang bersama madu, kaya, jem dan peanut butter. Jangan lupa. life partner dia satu mug nescafe atau hot milo.




Yummy...Banana Pancake with Honey + hot milo


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...