Wednesday, November 2, 2011

Manusia Apakah...????

Assalammualaikum...

Lokasi kejadian: Sebuah kedai runcit milik bukan Melayu
Masa: Petang selepas asar
Hari: beberapa hari yang lalu

Saya singgah kedai runcit ni..ibu saya memang suka pi sana..niat hati nak cari lulur susu kambing Purbasari yang best tu....Dengan pantas saya turun kereta terus masuk kedai menuju ke shelf bahagian perapian diri...

Selesai pilih apa yang saya mahu, terasa dahaga...saya pergi ke chiller 4 pintu di hujung aisle tersebut...tekak rasa cam nak minum susu la...sambil-sambil fikir nak beli air apa untuk hubby, terdengar suara seorang lelaki di belakang saya....

"Hoi..cepatla..nak beli air apa nih???" 

saya toleh, tengok ada sorang lelaki lewat 30-an, berselipar, kemeja-T dan seluar pendek sedang menjerit kepada isteri dan anaknya yang sedang berdiri di kaunter sambil memilih beberapa barang runcit yang lain. Tapi kelibat anak bininya tak pulak saya perasan...Cuma terdengar sahutan meminta si lelaki tunggu sekejap...

Si suami terus bertanya...dan isteri nampaknya tidak mendengar....lalu terkeluar bicara lelaki itu

"Hisshh..payah betul.... Nanti aku amik Carlsberg kang baru tau.....!!!"

Saya yang sedang memilih minuman rasa sentap sekejap..Terkesima....dalam hati , "bapak apa cakap macam tu kat anak bini dia...???? Ya Allah." 

Beristighfar panjang sekejap saya kat situ.....

Saya capai minuman saya, dan terus beredar ke kaunter. Lelaki tersebut masih memilih minumannya daripada beverages chiller tu dengan muka yang buat bodoh memandang saya berlalu....

Dalam hati, masih terkejut dengan kelancangan bicara lelaki itu..Semoga dia dapat mengawal bicara nya, agar anak-anak dia sok-sok tak dengar kata-kata tak beriman macam tu lagi.....


Hai la dunia..ini macam punya orang pun ada yer....:((

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...