Jom masak gulai daging special....
Nak tau kenapa special....???????
Nanti jap lagi saya btau...:D
Jom masak dulu yer...
Masak Lemak Cili Api Daging
Bahan:
Daging special :) |
1 kg daging
5-6 tangkai cili padi (suka pedas boleh letak lebih)
1 labu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
3 biji kentang
Serbuk kunyit
Asam keping
Garam
1 biji kelapa
Cara-cara:
1. Bersihkan daging. Kalau nak cepat masak, hiris nipis-nipis sikit yer.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan serai.
3. Panaskan kuali. Masukkan daging dan bahan dikisar. Masuk sedikit serbuk kunyit.
4. Bila daging dah lembut, boleh masukkan kentang, santan, asam keping dan garam ikut citarasa.
5. Rasa asam garam nyer....bila kentang dah empuk, boleh la hidang dan makan bersama nasi.
Tara........dah mendidih.
Guali dah mendidih. Masak dah la nih...:D |
Nampak tak daging nih? Kalau u olls nak tau, ini la daging kijang.
Kalau tengok betul-betul, daging kijang nih lebih merah berbanding daging lembu....Tekstur lebih lembut...tak de urat-urat keras cam lembu atau kambing. Masak pun kejap je dah lembut.
Atually ada kawan my hubby yang pi memburu kat hutan somewhere kat site projek dorang....so, dapat kijang beberapa ekor....
Sekilo harga RM45...Hubby request 2 kg, tapi dapat 1 kg aje...takpelah...ada jugak rezeki nak merasa daging kijang...Alhamdulillah....Muammar pun dapat rasa jugak...:D
Gulai lemak cili api daging kijang.....:D |
Ok la..selamat mencuba.....:D
No comments:
Post a Comment