Tuesday, February 21, 2012

Amalan Ketika Anak Sedang Tidur

Assalammualaikum....

This is just a quick entry....while I was browsing on overcoming baby's battle of meal, i've found this....
 
Something yang bermanfaat..apa salah dikongsi bersama..:D
 

This is about amalan yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa sebagai usaha untuk mendidik anak-anak secara emosinya. Petua nih boleh dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....Tawakkal pada Allah..semoga dikurniakan kebaikan untuk kita dan keluarga. 

 
 
Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.
 
Seterusnya, membaca Al-Fatihah 1 kali, Al-Insyirah ( Alam Nasyrah..) 1 kali. 
 
 
Bisikkan ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. 
 
 
Selain tu, ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. Niatkan dalam hati agar anak kita akan lembut hatinya dan menjadi anak yang baik budi pekertinya.....Insya Allah..:))
 
♥♥♥♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...