Tuesday, January 17, 2012

Ikan Tom Yam Hitam Manis

Assalammualaikum....

Ingat tak hari tu saya ada post pasal hubby pi boat fishing trip? yang dapat ikan satu tong ais tu?

Ikan-ikan tu, selepas dibagi-bagikan kat jiran dan family, yang tersimpan dalam fridge masih banyak lagi...so, sekarang nih, dalam fridge masih ada ikan untuk 3-4 kali masak lagi...Jimat duit lauk untuk 2-3 minggu jugak lah....heheheh

Tapi masalah nyer, saya dah pening nak masak lauk apa plak la dengan ikan-ikan tu..jenis semua isi lembut..buat gulai tak sedap...hilang rasa original ikan tu. Tiga rasa dah buat...sweet sour dah berapa kali masak...stim halia pun dah puas.....

Jadi nya, tadi saya pun menggugel resipi lagi. Rata-rata semua nya banyak resipi sweet sour dan tiga rasa. Tapi dalam banyak-banyak resipi tu, saya terberkenan dengan resipi ikan tiga rasa ala tomyam. Jadinya, hari ni, ikan saya masak ala tom yam..tapi modified sikit sebab bosan masak yang merah-merah.

Hasil modification, dapat la resipi yag ini. Jom kita try masak.

Ikan Tomyam Hitam Manis

Yummeh....
Bahan:

Ikan ( tak kisah apa jenis :  siakap, jenahak, kerapu, kerisi, bawal- asalkan goreng pun sodappp!!:D)
Saya guna ikan nih...my hubby kata nama dia Ikan Tambak
2 labu bawang besar di dadu
4 ulas bawang putih di cincang
2 inci halia dihiris
6-8 tangkai cili padi dihiris
10 tangkai cili kering dikisar
1 batang lobak merah dihiris panjang
2 biji tomato dipotong baji
1 kiub tomyam/ 1/2 peket pes tomyam
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
6 sb kicap 
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit tepung jagung

Cara:

1. Ikan dibersihkan. Gaul dengan sedikit garam kunyit dan lumur tepung jagung. Yang ni basic yer nak bagi ikan digoreng garing. Goreng garing dan ketepikan.
2. Tumis cili kisar sehingga garing. Masukan halia, bawang putih dan cili padi.
3. Bila dah beraroma, masukkan pes tomyam. Masukkan bawang besar yang didadu. Tumis sehingga bawang layu.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Gaul rata.
5. Masukkan lobak merah. Tambah sedikit garam dan gula. Ikut citarasa yer.
6. Masukkan sedikit air. Ikut la kalau nak kuah lebih, buh banyak. kalau nak kuah sikit, air sikit cukup la.
7. Masukkan tomato yang dihiris.
8. Tunggu kejap sampai tomato layu. Rasa cukup asam garam, manis pedas, tutup api. Boleh dimakan.:)
Lagi gambor....")

Senang aje masakan nih...Sekejapan aja boleh siap. Saya  boleh masak dalam masa 1 jam setengah. Siap masak nasi dan sayur kobis.:D

Yang ni kira2 modified skit dari 3 rasa dan sweet sour. Boleh try kalau suka.:D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...