Monday, June 21, 2010

How Do I Survive This

Phrase of the Day~ I know the world is not ONLY about ME, but I DO need my own private and silent time to heal....

Hari pertama kembali ke ofis selepas 4 minggu bercuti sakit...hati masih celaru...langkah yang ku atur dari ruang parkir ke mesin pengetip masa terasa amat berat...kolam mata terasa hangat...ada jernihan di situ...aku telan tangis agar kesediahn tidak tertumpah dan dikesan mata-mata yang memandang...

Langkah ku atur pantas...mataku tertancap ke bumi dan lantai marmar yang kusam di sepanjang lorong itu..."Janganla terserempak dengan sesiapa" bisik hatiku. takder perasaan lagi nak menjawab..apatah lagi nak bermanis mulut berbasa-basi dengan mereka.

Di ruang kerja, aku masih sendiri...seperti biasa...terasa mahu gugur airmata ...ku cuba tahan sebolehnya..tapi aku gagal...sepanjang perjalanan pagi tadi pun, di lebuh raya Seremban-Segamat...airmata ini berderai juga..tiba di tempat kerja nih pun...lebih lagi mengundang sayu.

Sungguh benar aku katakan...hatiku tiada lagi di sini. aku ingin tinggalkan tempat ini secepatnya. Tak mampu lagi aku menanggung beban perasaan ini. Aku tak boleh berfikir dengan waras lagi. Fikiran jadi kosong..buntu...berkecamuk hati mencari jawapan...apa yang harus aku lakukan kini??? Apakah aku akan bertemu penyelesaiannya? Sanggupkah aku membuat keputusan itu?
Pada siapa yang sudi memahami untuk mendengar keluh kesah ku ini....

Sebentar nanti, aku akan kembali ke rumah sewa...masih juga ianya kosong..sunyi...aku masih sendiri...untuk kembali hari esok..dan mengulang rutin ke ruang kerja yang membuat jiwaku mati.......semakin mati....

Aku kini berjiwa lara......sunyi, kosong, sepi, sendiri, lara...
Air jernih itu kembali menjadi peneman setia mengusap pipiku...saban malam ...dan siang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...