Thursday, July 12, 2012

Managing My Little Climber

Assalammualaikum....

Lama tak citer pasal Muammar nye keletah kan...??? Sebab ibu dia nih pun dah lama tak hapdet blog...busy laa..heheheh

Muammar dah pandai jalan sekarang. Tapi yang saya nak cerita bukan pasal Muammar dah boleh berjalan, tapi yang lebih merisaukan saya adalah hobi memanjat dia.

Rasa best la tuh boleh panjat berdiri kat kerusi..:
Tengok la aksi dak Muammar nih haa....pantang nampak kerusi nih, mesti nak panjat....memang la dia nampak dah cekap memanjat tuh, sebab berdiri pun dah stabil...tapi coordination baby lagi kan, memang  tak berapa nak kuat lagi.

Gigih....
Seriau saya di buat nya. Kadang-kadang penat jerit " Muammar, get down...!!!"

Dia paham tau kalau saya suruh dia jangan buat, tapi nanti dia sengih-sengih. Pas tu sambung panjat lagi. Haaa....apa kes...??

Maybe dia rasa, ibu ada nak sambut dia kalau dia nak jatuh...Sebab selalu pun saya akan stand by kalau nampak dia memanjat.....

Memang takut tengok dia, tapi, saya realize, memanjat ni pun sebagai exercise untuk kuatkan otot, flexibility dan koordinasi badan dia. So, kena be extra careful. Apa-apa pun, yang penting adalah safety. That's my main concern.

As a mother, tipu la kalu tak risau anak kita sakit sebab jatuh kan..Ibu kan memang cepat risau.....betul tak?:D

Dan yang selalu saya buat, bila tengo dia panjat yang bahaya-bahaya, saya jerit....

"Muammar, no!" .

"Muammar, jangan!"

"Stop. Muammar, get down please.!!"


Tapi, saya ada belajar something from this site.

Eiisshh...boleh ke tidak nih...??
Jangan halang baby buat sesuatu dengan terlalu loud and dramatic (jerit!!..:D). Sebab, kesannya, takut anak akan jadi macam satu keseronokan buat sesuatu yang kita larang hanya untuk dapatkan perhatian kita. Takut nanti anak akan bertindak lebih nakal. Bila kita kata jangan, lagi dia nak buat.

Haaa....camner tuh? Saya fikir-fikir betul jugak. Macam saya tengok dalam rancangan Nanny 911 tuh, dia ada mention, kenapa kids making tantrums??

One of the reasons is, tantrum is a way to get their parents attention!!!

Pegang kuat....!!

So, bila anak-anak memanjat, we better explain why it is not allowed. Kena bagitau yang kerusi untuk duduk, meja untuk letak barang , dan rak untuk susun buku.  

And firm reminders and demonstration might work as well rather than yelling and being dramatic.

Muka cuak

Dan satu lagi cara yang boleh kita cuba ialah dengan cuba untuk chanel endless energy budak-budak nih untuk aktiviti yang lain selain memanjat. Budak-budak kan memang tak tau penat.

Maybe boleh ajak dia main baling-baling bola, atau main kejar-kejar, peek a boo. As long as dia distracted dari cubaan-cubaan membahayakan diri untuk berada di tempat tinggi..hehehe

Okey, tengah balance kan kaki...

Setakat nih, everytime Muamar memanjat, saya akan make sure apa yang dia panjat tu tak terlalu tinggi. Macam sofa dan katil...which saya tengok dia pun dah pandai balance kan badan dia...

Cuma kadang-kacang dia cuba panjat meja makan and coffee table...Quite bahaya kan? Takut terjatuh dan terlanggar benda lain pulak.

See ibu, i managed to stand as tall as u are..::D

Luckily, Muammar tak pandai lagi panjat-panjat sofa dan terjun tiruk ke bawah macam Ultraman....Esok-esok dah besar sikit tak tau laaa....

Semoga Muammar takkan buat macam tu yer sayang..Jangan la nak wat ibu cemas okey....Ibu tak nak Muammar benjol dahi sana sini nanti...huhuhuh

"Okeh...saya berjaya. Now, it's TV time...."~hamboii...tengok TV sambil depang tangan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...