Tuesday, June 19, 2012

Abah-Son's Morning Site Visit....:D

Assalammualaikum.....

Aktiviti Muammar dengan abah nya di suatu pagi.....

Jom site-visit
Hari nih abah tak pergi kerja kat tapak projek sekolah pun...yang tuh hari weekdays....tapi hari nih , hari cuti, abah pi kerja kat tapak projek bendang dia.....nak cek kadar pertumbuhan benih padi yang ditabur minggu lepas.....:D

Maka, lawatan ke tapak bendang abah nih, disertai ibu dan Muammar.............

Awal-awal pagi selepas Subuh kami gerak dari Merbok.....then terus singgah ke bendang nih. Tu yang Muammar masih dalam baju tido lagi sebab masa dia mamai-mamai terus angkut masuk kereta......dalam kereta sambung tido balik..tau-tau dah sampai kat bendang...hehhehehe

Padi dah menghijau tapi belum merimbun...
Pagi-pagi tengok pemandangan sawah menghijau nih, sejuuuukkkkkkk mata tau......Angin pelan-pelan bertiup...best....:D

Muammar pulak seronok excited sampai gedik-gedik kaki dia bila kena angin...pastu sibuk mengeliat nak turun.....Nasib baik abah dukung.....kalau ibu dukung, rasa cam nak jatuh dalam bendang jer....

Padi yang nih umur dia lebih kurang dalam 2 minggu...Lambat lagi nak dikerat..total period penanaman dia lebih kurang 110-120 hari.....in the mean time, kena baja dan racun secukupnya....as abah Muammar's said, banyak lagi kerja nak buat..


Nasib baik batas tak lecak...Saya pun boleh berjalan dengan tak payah takut-takut ada selut atau lintah...which actually tak de la takut lintah tu pun....apa yang paling takut ialah kalau ada cik katak ong-ong...nasib baik takde..kalau ada, silap-silap saya boleh lari masuk terjun dalam bendang pulak....hehehhehe. Kalau dengan katak memang saya surrender awal-awal....fobia sejak kecik.....:P


Muammar seronok tak kira bila boleh pergi jalan-jalan bendang abah dia...Dia memang suka gi jalan-jalan kat luar nih...kalau balik kampung rumah Tok dengan Wan, lagi la dia suka..sebab ada mak su ngan sepupu dia yang boleh layan dia naik brooom-brooom (motor). Jalan-jalan ronda kampung...heheheh

The excited Muammar
Muammar jalan-jalan sambil abah berceloteh tunjuk bendang abah. Nak kena pam air bendang lagi sikit, bila nak menyulam anak padi kat kawasan yang padi tumbuh jarang-jarang, bila nak tabur baja, sembur racun....nak upah orang buat tu, buat nih. Dengar macam endless list....saya pun kadang-kadang tak paham.....Tapi takpe la..yang penting moral support untuk Encik Suami ku....

Bagus la tuh, at least Muammar tau la apa yang abah dia buat nak cari rezeki. Walaupun Muammar mungkin tak faham lagi sekarang, tapi nanti dah besar, Insya Allah, dia faham kot..heheheee

Muammar excited tengok kerbau besi kat bendang depan...hehehee

Ok lah...dah selesai berjalan-jalan di tapak bendang abah... bak kata my hubby, best je site visit kat bendang....tapak projek yang tak menyerabutkan kepala macam tapak projek sekolah yang dia tengah work on sekarang nih.....tapak projek bendang lagi menenangkan katanya...hehehehhe.....

Muammar pun dah berpeluh-peluh dah kepala dia sebab matahari dah mula panas......masa untuk balik...:D

Babai....xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...