Showing posts with label Parenthood. Show all posts
Showing posts with label Parenthood. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Kuyup Cuci-cuci Kereta

 Assalammualaikum...

Baru-baru nih, saya and hubby dah discover satu lagi aktiviti outdoor yang bermanfaat untuk kami bertiga. Dan seronok...!!!

Ye lah, bila Muammar dah dapat kaki, seronok nak bawak dia keluar rumah, sebab dia dah boleh jalan. Kalau dulu, nak bawak keluar susah, kena dukung aje la...sebab dia nanti nak turun bawah merangkak pulak.

I'm a big boy now..can get on my own feet..:D
 Aktiviti yang sekarang boleh dibuat bersama adalah sesi cuci-cuci kereta....:D

Hehehe, tipu la kalau saya kata Muammar pun cuci kereta jugak....Muammar tugas dia adalah untuk menambahkan kemeriahan sesi cuci kereta aje bila dia sembur-sembur air paip kat abah ngan ibu dia....hahaha. Pas tuh dengan dia-dia pun habis basah lencun..kuyup.....

Takpun dia pergi cabut hose dekat pili air..tau-tau dia dah jerit2 suka dapat main air mencurah-curah...hahahahha

"Abah, see, i can help you with this..."

Yang gosok cuci kereta adalah Encik Abah yer...Cik Ibu hanya tolong siramkan bahagian yang dah dicuci. Itupun terpaksa berebut getah hose dengan si kecik Muammar...tuh yang sampai basah kuyup tuh.


"Grrrr...grrrr....."
Tapi best jugak la..especially untuk Muammar..sebab boleh main air...:D Budak mana yang tak suka main air kan..????

Actually, babies of this age, 1-year-old to 2.5-year-old, love to be outside.....Luas pemandangan and at the same time boleh dia kenal the outside big world...kita jugak boleh introduce a lot of things yang ada kat luar...kereta, batu, jalan, pokok, burung, semut, ampaian, hose, rumput ant etc..etc...sambil-sambil tuh, bagi babies hirup udara luar sikit...( as long as tak tercemar yerrr...):D

"Can I have this hose Muammar?" Abah pujuk Muammar nak pinjam getah paip dari tangan dia...

Aktiviti yang boleh buat satu family bagus untuk introduce chores pada children. Biar babies belajar, ini adalah satu tugas. Kiata ajak dia buat sama-sama. Babies akan belajar tanggungjawab dan kerjasama. Then, boleh sematkan nilai-nilai  positif lain macam babies akan tau, dia pun sebagai as part of the team, he is belonged to the family, create confidence and diperlukan....Last but not least, with the sops, bubbles and water, its just has so much FUN!!!!

"Ok, we are done..let's get inside.."
Kalau dulu-dulu, time nak tolong hubby cuci kereta, Muammar kena tinggal dalam rumah...bergayut la Muammar kar grill pintu merengek nak keluar...sekarang, senang...Muammar pun boleh main air sekali....Both mummy and baby pun happy...:D

"Yeayy, happy that I can help."
Ok lah, itu aje nak share...nanti kita share lain-lain yer....my dream is, kalau la setiap hari saya boleh bawak Muammar pergi main kat padang...bestnya....:D

Tapi takpe, maybe once in a while boleh ajak Abah Muammar bawak pergi taman main bola..sekarang main bola atas karpet dekat living hall aje la gamaknye...huhuhu

Byeee....

Thursday, July 12, 2012

Managing My Little Climber

Assalammualaikum....

Lama tak citer pasal Muammar nye keletah kan...??? Sebab ibu dia nih pun dah lama tak hapdet blog...busy laa..heheheh

Muammar dah pandai jalan sekarang. Tapi yang saya nak cerita bukan pasal Muammar dah boleh berjalan, tapi yang lebih merisaukan saya adalah hobi memanjat dia.

Rasa best la tuh boleh panjat berdiri kat kerusi..:
Tengok la aksi dak Muammar nih haa....pantang nampak kerusi nih, mesti nak panjat....memang la dia nampak dah cekap memanjat tuh, sebab berdiri pun dah stabil...tapi coordination baby lagi kan, memang  tak berapa nak kuat lagi.

Gigih....
Seriau saya di buat nya. Kadang-kadang penat jerit " Muammar, get down...!!!"

Dia paham tau kalau saya suruh dia jangan buat, tapi nanti dia sengih-sengih. Pas tu sambung panjat lagi. Haaa....apa kes...??

Maybe dia rasa, ibu ada nak sambut dia kalau dia nak jatuh...Sebab selalu pun saya akan stand by kalau nampak dia memanjat.....

Memang takut tengok dia, tapi, saya realize, memanjat ni pun sebagai exercise untuk kuatkan otot, flexibility dan koordinasi badan dia. So, kena be extra careful. Apa-apa pun, yang penting adalah safety. That's my main concern.

As a mother, tipu la kalu tak risau anak kita sakit sebab jatuh kan..Ibu kan memang cepat risau.....betul tak?:D

Dan yang selalu saya buat, bila tengo dia panjat yang bahaya-bahaya, saya jerit....

"Muammar, no!" .

"Muammar, jangan!"

"Stop. Muammar, get down please.!!"


Tapi, saya ada belajar something from this site.

Eiisshh...boleh ke tidak nih...??
Jangan halang baby buat sesuatu dengan terlalu loud and dramatic (jerit!!..:D). Sebab, kesannya, takut anak akan jadi macam satu keseronokan buat sesuatu yang kita larang hanya untuk dapatkan perhatian kita. Takut nanti anak akan bertindak lebih nakal. Bila kita kata jangan, lagi dia nak buat.

Haaa....camner tuh? Saya fikir-fikir betul jugak. Macam saya tengok dalam rancangan Nanny 911 tuh, dia ada mention, kenapa kids making tantrums??

One of the reasons is, tantrum is a way to get their parents attention!!!

Pegang kuat....!!

So, bila anak-anak memanjat, we better explain why it is not allowed. Kena bagitau yang kerusi untuk duduk, meja untuk letak barang , dan rak untuk susun buku.  

And firm reminders and demonstration might work as well rather than yelling and being dramatic.

Muka cuak

Dan satu lagi cara yang boleh kita cuba ialah dengan cuba untuk chanel endless energy budak-budak nih untuk aktiviti yang lain selain memanjat. Budak-budak kan memang tak tau penat.

Maybe boleh ajak dia main baling-baling bola, atau main kejar-kejar, peek a boo. As long as dia distracted dari cubaan-cubaan membahayakan diri untuk berada di tempat tinggi..hehehe

Okey, tengah balance kan kaki...

Setakat nih, everytime Muamar memanjat, saya akan make sure apa yang dia panjat tu tak terlalu tinggi. Macam sofa dan katil...which saya tengok dia pun dah pandai balance kan badan dia...

Cuma kadang-kacang dia cuba panjat meja makan and coffee table...Quite bahaya kan? Takut terjatuh dan terlanggar benda lain pulak.

See ibu, i managed to stand as tall as u are..::D

Luckily, Muammar tak pandai lagi panjat-panjat sofa dan terjun tiruk ke bawah macam Ultraman....Esok-esok dah besar sikit tak tau laaa....

Semoga Muammar takkan buat macam tu yer sayang..Jangan la nak wat ibu cemas okey....Ibu tak nak Muammar benjol dahi sana sini nanti...huhuhuh

"Okeh...saya berjaya. Now, it's TV time...."~hamboii...tengok TV sambil depang tangan..

Tuesday, June 12, 2012

Chak-Chak Muammar

Assalammualaikum....

Saya pernah tulis entry pasal Muammar punya separation anxiety kan? Bila dia rasa takut everytime ibu dia hilang dari pandangan mata dia.

Main hide and seek , atau peek-a-boo ni bagus untuk ajar baby tentang object permanence...so, that, dia belajar, something is not missing even takde depan mata. So, it will reduce his anxiety bila tak nampak kita kat depan mata.

Macam Muammar sekarang nih, Alhamdulillah....tak clingy sangat macam dulu...especially bila dia ralit dengan toys dia atau dia nampak ibu dia sibuk wat keja kemas rumah.

Cuma, ada satu jer lagi big problem, sekarang dia akan nangis bila nampak pintu tertutup. So, kalau nak pergi bathroom, even kejap aje (itu pun kena sneaked out nak pergi), dia akan cari....masa tuh tak nangis pun, tp once nampak pintu bathroom tertututup...terus nangis kuat2...jerit sampai merah-merah muka...air mata air hidung siap......

Selalunya, kalau tengok Muammar main sorang-sorang, saya suka main hide and seek. Nanti dia akan cari pusing satu rumah..kadang-kadang tak jumpa..pastu nangis....hahahah..saja je kan ibu dia duk menyakat.

So, kadang-kadang just main menyorok kat belakang sofa aje...yang bagusnya, Muammar dah pandai tinjau dari bawah sofa..bukannya setakat cari pusing keliling aje...

Chak...jom tengok through this....:D


Saya tunggu kat belah depan sofa,  Muammar dah meniarap tinjau bawah sofa...hahahah...tak sempat nak lari...Dia dah nampak...:D

Ibu...look ....I'm here...:)

Kadang-kadang kalau saya duduk kat bawah tengah lipat kain, dia pergi sendiri kat belakang sofa, dah tuh sibuk wat bunyi nak tarik perhatian la kononnya tu kan....:D

Tapi waktu nih la yang syok main pun....Muammar gelak mengekek suka....

Waktu ibu dia hilang pi bathroom kejap....meraung sampai satu taman boleh dengar....hahahaa....

I hope, cepatlah Muammar besar, dan jadi faham ibu dia pun perlu privacy time di bathroom once a while....:))

Wednesday, May 9, 2012

Happy 1-Year-Old Birthday Muammar !!!

Assalammualaikum....

Happy birthday to you....
Happy birthday to you....
Happy birthday to Yayang Muammar...
Happy birthday to you....

(sambil background ada sound effect bunyi letup-letup belon bunga api dan tali jurai pop-pop yang selalu 
orang main masa kat party.....:) )

Muammar Rafiqi bin Mohd Rodi

Alhamdulillah....Sudah setahun usia anak ibu nih....Rasa macam tak percaya je anak ibu dah besar, bukan lagi baby yang dulu tak berdaya melakukan apa-apa.

Anak ibu dah mula bijak berdikari, membesar dengan sihat dan ceria.

Semoga anak ibu dan abah nih membesar menjadi seorang anak yang soleh, yang lembut hatinya, yang fasih bicaranya, yang tajam akalnya, yang baik budi pekertinya, yang sihat tubuh badannya dan  yang berjaya hidupnya dunia dan akhirat.

Ibu dan abah sangat -sangat menyayangi kamu Muammar...

Kamulah buah hati penyeri hidup ibu dan abah.

Kamulah pelengkap hidup kami.

Happy Birthday Muammar !!!!!

With lots of LOVE

~IBU~

Sunday, May 6, 2012

Muammar 11 Bulan

Assalammualaikum....

Waaahhhh...nak update Muammar 11 bulan dah..... tak sangka anak saya dah nak sambut first birthday.....macam sekejap aje masa berlalu....Rasa nya macam tak berapa lama mana lah pun detik-detik saya lahirkan dia...huhuhu. Tau-tau dah nak setahun dah budak kecik tomel tiut nih.....

Hmm... di usia 11 bulan...agak banyak jugak perkembangan Muammar nih....

Firstly, Muammar tak boleh berjalan lagi nampaknya....Tapi dah boleh meniti di sofa dan almari dengan laju...dan boleh berdiri sendiri perlahan-lahan..kadang-kadang risau saya kalau dia tersembam....ada 2-3 insiden jatuh tersembam sebab off balance....Tapi Muammar nih mana serik....buat lagi ada....:D

Then, Muammar dah pandai turun naik katil...yeayyyyy....

Happy ko ye nak memanjat sana sini....:D


Which means, Muammar dah pass panjat memanjat... Jadinya semua tempat yang boleh dipanjat dia nak panjat. Lokasi termasuk sofa, seater, kerusi kayu dan meja....bukan reti takut, berani aje dia walaupun sebenarnya bukan la kuat mana pun....kalau  nak panjat sofa, pandai dia cari tempat boleh tumpang pijak, sebab sofa tinggi sikit...so, kadang-kadang dia pijak atas peha saya nak boleh panjat sofa jugak...dah tuh turun balik..ulang benda sama....

He is ON the walker.....not IN...:)
Muammar dah faham numbers...Kalau saya sebut 'one.two..three..." dia pandang kat jam dinding...sebab selalu kalau saya baca one two three saya tunjuk kat jam..yelah, sebab jam besar kan..nampak sikit la number tu....bila kita baca one two three dia akan tunjuk kat jam, buat bunyi-bunyi ( kekonon ikut saya sebut laa tuh...) then sengeh-sengeh....hihihi. Comel...

Dan pandai buat sepah jugak...
 Pandai buat isyarat telefon....bila kita sebut " Helooo..." dia pun sama la ..."oouuuu....", somel jer suara dia......sambil letak lengan kat telinga..hahahah. Pandai.....

Dan dia dah pandai tunjuk respons for some words.....Especially ball...sebut aje ball...cepat-cepat dia pandang bola hijau dia..faham dah. Then bird...cat....tv (op kos la sebab budak nih hantu tv), telefon and some others....

Even Muammar dah pandai merajuk bila kena tegur....dah faham erti "haip...haip..." Selalu sakat dia....nanti dia mula buat muka sayu pastu bibir cebik....berkaca mata nak nangis..Maybe dia dah pandai bezakan intonasi sayang dengan yang garang....

Kadang-kadang tau saya marah, dia akan cuba ambik hati...merangkak datang kat saya, pastu duduk dalam riba....

Muka nak amik hati ibu yang garang..heheheh
"Haa..haa...haa...." konon-konon bersembang ngan saya ....wat-wat alih topik la tuh...terus tak jadi nak marah..:)

Kalau tengah hari dan petang, kalau dia dengar kereta abah dia masuk parking, cepat aje berhenti dari main..kalau tengah susu, sanggup tak mau susu...Dah tu pandang muka saya, tunjuk tangan kat luar...sambil buat bunyi...."haa....haaa..."


Ceeaahh...kekonon bagitau saya la tuh abah dia balik....:)

He's a ibu's or abah's lil boy???
Dah pandai jugak nak mengikut...pantang nampak kita bersiap, dia pun kalut sama minta diangkat..takut kena tinggal....pagi-pagi sebelum my hubby pi keja, kena bawak Muammar jalan-jalan kat luar dulu..kalau tak maunya menanges meraung sedih budak kecik tuh...kalau nampak saya dah pakai tudung, dah tau dah Muammar nak hulur tangan...nak ikut la tuhhh..:)


 Lagi satu Muammar yang hantu tv nih, dah pandai imitate saya pegang remote controller tv...kaalu saya turn off tv, dia pulak amik remote tuh, pegang dengan hujung jari, tala kat tv...kekonon nak on balik la tu......

Amboi...pandai sungguh dia...yela , hari-hari kut duk perati kita buat ape....

Hmm...ok la..itu jer update sikit...nanti update setahun pulak...this entry pun lambat nau publish nye kan...dah nak besday dah budak kecik nih....

Tq for reading....

Babai.....

Thursday, April 12, 2012

Muammar 10 Bulan

Assalammualaikum...

Muammar sebenarnya sekarang dah 11 bulan..Entry 10 bulan nih baru nak siap..hehehe...Nak wat cemana kan...omak eh sibuk melayan Muammar....Pantang nampak saya on PC, cepat ajer dia merangkak nak join sekaki.....:)

Ok lah, Muammar di usia 10 bulan boleh buat apa yer???
The happy boy
 Last month masa 9 bulan, saya ada story Muammar yang mempunyai hobby tengok tv dekat-dekat sampai tertonyoh kat skrin kann????

Hmmm, sekarang nih dia buat perangai gitu jugak lagi, tapi saya dengan hubby dah ada cara nak bagi dia menjauhi skrin tv....

Caranya......

OFF TV...heheehhe...nanti Muammar cepat-cepat merangkak pergi kat belakang...selagi tak cukup jah, saya takkan on balik tv....Hm...dah pandai la Muammar saya tuh...dah reti bahasa ibu ngan abah dia kata tak boleh tengok tv dekat-dekat....Tak payah kami susah payah angkut dia jauhkan dari tv...guna remote control ajer.....heheheheh


Ehh..Upin & Ipin laaa....
Then, sekarang nih favourite show adalah Upin & Ipin....saya rasa lah kan....budak mana yang tak suka Upin & Ipin kannn???? Semua mesti suka punya lahhh.....Saya rasa tarikan utama nyer adalah suara comel Upin Ipin tuh yang buat Muammar tertarik jer mata kat tv kalau dengar suara tu....pantang dengar theme song Upin Ipin, mesti mata dia terus lari kat tv...kalau duk di dapur pun, cepat-cepat pi merangkak cari tv....eeiisshhh la Muammar nih.....:))

Khusyuk betul  tengok tv
Lagi satu Muammar memang suka dengar jingle TV9....buat apa pun boleh berhenti kejap nak dengar jingle tu....pastu lagi satu, iklan...pantang dengar iklan, cepat ajer telinga dia ...Paling suka, iklan Softlan Eco SoftPack dengan iklan Oreo....saya rasa dia suka dengar suara boy yang berlakon dalam iklan tuh laa...(Iklan Softlan dengan Oreo tuh, budak yang sama...:))

Muammar ada satu tabiat pelik.....tak tau pasal apa, bila sandar kat mana-mana, suka dia laga-laga kepala...kalau buat kat sofa takpe la jugak...kadang-kadang kat dinding pun dia hantuk belakang kepala dia...pelik sungguh laaa....kita dah kata jangan buat, nanti sakit....dia boleh pulak dok tersengih-sengih...dah tu buat lagi....kalau kita tak alihkan, dok tang tuh la dia hantuk kepala....

Sekarang time tidur siang adalah sangat sekejap..kalau nak bagi dia tidur lama, saya kena baring dengan dia sekali.....adoiyyyaaiiii la sayang.....memang rasa susah sangat sebab banyak keja tak boleh buat..apa pun tak boleh.....selalunya saya biar aje dia main, sambil saya buat kerja rumah...tunggu sampai dia betul dah penat mengantuk, baru bagi tidur.....kadang-kadang tunggu sampai dia merengek-rengek dulu....

"zzzzzz....."
Muammar jugak dah pandai main sendiri...kalau dulu, semua nak saya ada dengan dia...sekarang kalau dia main sendiri, boleh la lama jugak....kadang-kadang sampai saya siap masak....boleh la buat apa yang patut...:D

Main tolak kuda
Fruits Flash Card
 Hmmm...lupa pulak...lagi satu yang penting di usia 10 bulan, Muammar dah ada 6 batang gigi....yeayyyyy.....gigi yang atas dah tumbuh lagi 2 kiri kanan....yang bawah still 2 lagi.....hmm, patut pun makan semakin banyak....biting while nursing???? kadang-kadang jer..bila dia geram kena paksa BF  dek ibu sedangkan dia sibuk nak main...heheheheh

See....ada 2 gigi putih-putih baru keluar..
Muammar belum boleh berjalan...masih meniti lagi jugak...tapi dah  makin laju la sikit...nampaknya fasa merangkak Muammar nih lama pulak...badan berat kut....harap-harap sebelum umur setahun dia dah boleh jalan....tak sabar nak tengok Muammar jalan kedek-kedek..:)


Oklah, itu aje...nanti kita update lain okeh...

Babai...:D





Thursday, April 5, 2012

Mengajar Menjadi Berani

 Assalammualaikum.....

Biasanya budak-budak memang ada benda yang dia takut kan? takut gelap la, takut momok la...ulat etc..etc...

Jom pi jalan..
Kalau Muammar, basically dia takde la tunjuk rasa takut yang obvious sangat....sebab biasanya nampak dia berani jer...kalau kita kejar dia, mula-mula dia lari, kali kedua dia pulak kejar datang kt kita balik...kalau gelap pun, dia masih boleh main sorang-sorang.....tak nangis pun...

Hari tu, saya and hubby pi grocery shopping...hari hujan.....so wiper pun on....

Muka serius perhatikan wiper godek-godek
Dalam tak sedar tu, Muammar tetiba senyap..pelik jugak saya ngan hubby...sebab selalu nya naik kereta je Muammar memang aktif.....pusing sana sini....tapi tetiba senyap aje duduk dalam pangku saya sambil tengok ke depan....

Rupa-rupanya Muammar tengah ralit tengok wiper up and down kat cermin....tiap kali wiper tu jalan, dia terkejip-kejip mata...macam terkejut....seriau kut....dah lama sikit terus dia peluk saya toleh ke belakang......

Dapat main kunci terus senyap

Saya dengan hubby dah ketawa tengok telatah dia....selama nih kami memang tau dia tak la penakut budak nya....kelaakr tengok dia duduk statik je tunggu every time wioer nak gerak......pastu terkejut sendiri.....then my hubby kata, "Jom kita test Muammar...."

Hubby turn pedal wiper tu yang maksimum..paling laju....terkelip-kelip mata Muammar menahan seriau..pastu dah nak merengek pulak......

Cepat-cepat my hubby kata, " Muammar, takpe pun wiper tuh....bukannya masuk dalam mata adik pun...ada kat luar, bukan kat dalam...tak kena kat muammar pun......"

Muka dah seriau tengok wiper godek lelaju...hehehhe
Saya pulak terus sandar kan badan Muammar ke depan ke dashboard...suruh dia touch cermin depan...Mula-mula dia takut...buat tangan keras....badan tegak aje...pastu, dia dah realize yang sebenanya takde ape-ape pun , baru la dia ok sikit......

Awalnya, dia macam berani berani takut jugak....then dah lama, baru la badan dia tak keras lagi...kalau tak tuh, duduk pegun statik ajer......bila dia dah pegang-pegang tampar-tampar cermin depan tuh, dah rasa wiper tu tak sampai kat muka dia, baru la nak aktif cam biasa......hahahahahaa....

Saya rasa dalam hal cam ni, better kalau kita boleh ajar anak kita supaya dapat confront perasaan takut dia...mana yang boleh....at least bagi dia try belajar menjadi berani dan cuba selesaikan masalah sendiri.....supaya tak la nanti sampai besar dia takut untuk mencuba bila dia nampak ada kesukaran...

Masa nih dah ok....Muammar dah berani

Yang nih tips yang saya gugel kat internet... Boleh baca kat sini .Saya sekadar berkongsi sikit ajer..:D

Tips for fear of the kids
  • Do not mock the fear they generate distrust in the baby to tell of their fears and overcome them.
  • Do not ignore your child’s fear, Give him conversable and security.
  • Do not force children to confront their fears, but fear can be intensified.
  • Do not lie about a situation of fear; it causes fear in the baby.
  • Do not show your fears to sin, for he can feel it and take it as their own.
  • Accept the fears of your babies and talk about them as something very normal.
  • Let your babies see others act normally against their fears.


Yang paling penting kalau kita nampak anak kita tu takutkan sesuatu, kita kena komunikasi dengan dia....explain dan cerita yang betul....kalau pada perkara yang tak perlu ditakuti, kita terangkan...kalau ianya perlu untuk rasa takut, ceritakan pada dia kenapa....

Sebab selalunya kita akan rasa takut bila kita tak tau tentang sesuatu tuh....kalau kita dah tau dan faham, dah tak takut dah...baby pun macam tuh jugak.....oleh sebab tu lah melalui komunikasi tu, kita boleh bagi dia ketenangan dan comfort......at least dia rasa secure bila dia tahu tentang sesuatu tuh dan kita respons pada apa yang dia takutkan. 

Yang nih abah pujuk sebab Muammar dah nak mengamuk boring duduk kat troli
 For certain circumstances, bila anak kita takut, just bagi semangat dan jangan sesekali takut-takutkan, atau dimomokkan lagi budak tu......nanti bertambah-tambah pulak takut dia....

Ibu dengan ayah pulak mesti bagi galakan dan positif, baru anak confident......so, barulah dia boleh jadi berani..:)




Thursday, March 15, 2012

Ku Rasa Apa Kau Rasa

Assalammualaikum...

Entri ni sebenarnya adalah kesinambungan kes HFMD Muammar.....sebab memang related dengan HFMD ponn...

Actually a day before Muammar discharge ward, saya adalah demam..badan tak larat...rasa sejuk ketaq bak kata orang kedah...Duk dalam ward yang 24 hrs aircond rasa cam duduk dalam igloo.....sejuk mencucuk sampai tulang....tekak rasa sakit perit....Ngadu kat hubby...

"Alaa...duduk dalam aircond lama-lama memang macam tuh...abang pun sakit  tekak jugak....nanti minum air banyak sikit...makan panadol sama..."

Ok laa...alasan diterima....saya makan panadol..minum air banyak-banyak..hati dah mula rasa tak best...sebab petang tu saya rasa ada macam jerawat nak tumbuh kat tapak tangan..gatal pulak tuh.....tunjuk kat hubby....

" Eeiisshh...takkan boleh jangkit pulak dari adik...orang dewasa mana kena dah....bawah 10 tahun je yang berisiko laaa....hehehe. Tapi tulah, cer tengok ayang umur berapa...29 tahun ker, atau 9 tahun...???"

Adoiyaiii..sempat wat lawak pulak laki saya nih....saya senyap je lah...tapi memang tak best sesangat dalam hati....

Malam tu, menu dinner ialah lamb chop dari Joned's Cafe...dah lama tak makan kat situ sejak-sejak tak duduk Alor Star...Hubbby pun pi beli tapau aje....western food kt situ memang sedap la kira nya....

Tapi masa makan, Ya Allah.....tak boleh telan....rasa macam mencucuk kat rengkung....kunyah-kunyah bila nak telan rasa macam bongkah kayu yang bercerucuk lalu kat tekak....sakittttttttt ya ampun........

Saya banyakkan minum air masak....

Esoknya, sempat saya tanya pada Dr. Razif, pasal HFMD pada adult. Dia kata memang boleh  jangkit, cuma tak seteruk pada kanak-kanak....

So, conclusion nya adalah saya dijangkiti HFMD.....

Luckily saya demam sehari aje...hari-hari seterusnya adalah hari-hari yang mana penuh ulser dalam mulut, rashes naik kat tangan dan kaki......gatal yang amat...lagi gatal daripada chicken pox tau.....

Worst adalah ulser dalam mulut.....tekak merah, sakit nak telan air liur pun....tengok kat cermin memang banyak tumbuh kat tekak.....dalam mulut kat pipi n bibir pun...ulser kecik-kecik berderet sampakan bibir saya jadi bengkak dan tebal....merah dan panas....
Biji merah yang merenyam

Pic hari kedua
Sepanjang minggu lepas, makan bubur nasi 3 hari..itu pun gagah makan jugak sebab fikir nanti nak BF Muammar...

Sekarang, Alhamdulillah..dah baik...rashes dah menggelupas....sama cam Muammar la..hehehe. sebab rashes banyak tumbuh kat jari, masa tengah mengering tu, kematu rasa jari jemari saya nih...tebal aje....sampai tak berapa nak sensor dah jari-jari tu....

Kat tapak kaki pun adaaa...
Tapi tu lah kan.....nak cerita nyer....doa ibu memang makbul.....saya tak salahkan Muammar sebab saya berjangkit dari dia....sebab masa Subuh sebelum saya bawak Muammar ke hospital saya dah doa pada Allah, jika boleh biarlah saya yang jadi galang ganti sebab tak tahan tengok Muammar sakit macam tuh....ingat lagi entry  yang nih...?????

So, saya redha...Alhamdulillah, Allah uji sikit , bagi peluang saya sama rasa macam mana Muammar rasa bila tak boleh nak telan makanan even minuman pun....Alhamdulillah, Allah berikan saya nikmat merasa kesakitan yang Muammar rasa.....memang rasa kesian sangat pada Muammar.....saya yang dewasa nih pun rasa seksa nyer...Nauzubillahhhh.......tapi saya hanya mampu bersyukur.....dan senyum....Alhamdulillah.....Allah Maha Penyayang....

Sekarang, Muammar dan saya dah sihat.....


Alhamdulillah....

Friday, February 24, 2012

Gugu Gaga Muammar

Assalammualaikum...

Muammar dah masuk 9 bulan....saya happy dan bersyukur sangat-sangat...Alhamdulillah, Muammar nampaknya semakin bijak...heheheh. Dan Alhamdulillah, masih murah rezeki saya untuk terus BF Muammar..dan moga-moga akan cukup 2 tahun saya BF kan dia nanti....

Ok laa...sebenarnya nak citer pasal Muammar skit..actually, sekarang nih Muammar dah mula banyak bunyi....hahahah. Banyak bunyi means mulut dia tu dah "uuuhh...", "aahhh...", "eeiiii...", "eerrhhh..". gugu gaga gaya dia la....pantang main, ada je wat bunyi-bunyi..entah apa la yang dia kak nam kan sangat agaknya....

My lil boy...:)
Dah pandai jugak tegur orang..kadang-kadang tegur saya atau hubby...."eeerrhh...", terutamanya kalau saya ngan hubby buat-buat cam tak layan dia main...dia tegur tu macam nak tarik perhatian agaknya...kadang-kadang, suka nak terkam kat kita terus, nak tengok muka depan-depan..:D

Muammar pun dah pandai menyahut kalau orang tegur...:))

Saya rasa cam excited pulak nak dengar his first word...Muammar nak pandai sebut "ibu" ker...atau "abah" dulu ek????:D

Saya suka jugak gugel-gugel pasal baby and parenting nih....so, terjumpa one article yang menarik. Ada a few ways yang kita boleh buat untuk encourage baby untuk bercakap, atau at least support baby memahami bahasa dan bunyi.

Yang nih saya share skit  laaa...nak tau banyak lagi, klik kat sini.

1. Nyanyian - kita boleh nyanyi untuk baby. Tak kisah lagu apa pun...Nursery rhyme ker...favourite songs kita ker....apa-apa nyanyian yang ada rhythm...yang ada phonemic ...bunyi yang pelbagai, tuning tinggi rendah dan ada alunan....baby akan belajar macam mana manipulate and use different sounds. Nak lagi happening, boleh joget-joget kalau suka...:D Kalau saya, selalunya saya nyanyi. Lagu anak itik tok wi ( masa Muammar mandi), lagu Old MacDonald, yang nih boleh wat bunyi binatang macam-macam...heheheh. Tak pun nyanyi nasyid 25 rasul yang Raihan tu..:D

Tepuk amai-amai...lalalalala...:D
2. Buku dan bacaan - kita boleh baca untuk baby supaya baby akan ada banyak perbendaharaan kata...tak kesah buku apa pun..buku cerita kanak-kanak ker, novel ker..newspaper pun boleh. tapi mesti baca dan sebut kuat-kuat la yer....kalau yang bergambar pun bagus...:D

His first book of objects:)
3. Bertanya-  yang nih macam kita encourage two-way communication dengan baby...kita galakkan dia untuk menjawab..contohnya, kalau pas mandi, tunjuk 2 helai baju..tanya la baby nak pakai baju merah ker, baju biru....biar dia pilih pun takper.:D..by doing this, kita bagi galakkan untuk dia involve dengan kita dan baru la rasa dia didengari, katanyer..heheheheh

Can Abah have ur teether , please..???
4. Join baby ber"gugu gaga".- yang nih macam kelakar..tapi boleh cuba..kita ajuk cara baby cakap..memang la tak faham..tapi baby akan rasa confident sebab dia rasa kita dengar apa dia kata....dan ia juga boleh menggalakkan baby supaya meniru apa yang kita cakap...so, that's why, kita kena watch our own language jugak ok..budak-budak memang cepat mengikut yer...:D


Peek-a-boo...!!
Kalau pi jalan-jalan kat supermarket....boleh jugak masa jalan-jalan tu, kita tunjuk barang-barang sambil sembang dengan baby..kita amik roti ker, gula ker, sayur ker...try explain what is going on around him. Explain and mention things around him....remember, never ever underestimate our baby. :D

Abah beli pampers yayang tu..:)

And lastly, yang paling penting, do not stop talking to our baby. A research has been done and it says by talking to your baby, using REAL words will boost the power of his brain power.....Tak caya?? Baca nih...
Speak to your baby simply, clearly and often. Baby akan belajar yang kita sedang berkomunikasi dengan dia. Dan kita beri perhatian pada dia.

gugu gaga..eerrhh...aarhh...nggeeiiii...:D
 But remember, REAL WORDS okeh...perkataan dengan sebutan yang sebenar yer....kalau kita cakap pelat-pelat, manja-manja dengan baby, dia akan mengikut nanti...Babies are great imitator..:)) So,jangan cakap pelat dengan baby, unless memang u olls nak anak u oll jadi pelat.....heheheheh

Love..
xoxo





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...