Showing posts with label Muammar. Show all posts
Showing posts with label Muammar. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Kuyup Cuci-cuci Kereta

 Assalammualaikum...

Baru-baru nih, saya and hubby dah discover satu lagi aktiviti outdoor yang bermanfaat untuk kami bertiga. Dan seronok...!!!

Ye lah, bila Muammar dah dapat kaki, seronok nak bawak dia keluar rumah, sebab dia dah boleh jalan. Kalau dulu, nak bawak keluar susah, kena dukung aje la...sebab dia nanti nak turun bawah merangkak pulak.

I'm a big boy now..can get on my own feet..:D
 Aktiviti yang sekarang boleh dibuat bersama adalah sesi cuci-cuci kereta....:D

Hehehe, tipu la kalau saya kata Muammar pun cuci kereta jugak....Muammar tugas dia adalah untuk menambahkan kemeriahan sesi cuci kereta aje bila dia sembur-sembur air paip kat abah ngan ibu dia....hahaha. Pas tuh dengan dia-dia pun habis basah lencun..kuyup.....

Takpun dia pergi cabut hose dekat pili air..tau-tau dia dah jerit2 suka dapat main air mencurah-curah...hahahahha

"Abah, see, i can help you with this..."

Yang gosok cuci kereta adalah Encik Abah yer...Cik Ibu hanya tolong siramkan bahagian yang dah dicuci. Itupun terpaksa berebut getah hose dengan si kecik Muammar...tuh yang sampai basah kuyup tuh.


"Grrrr...grrrr....."
Tapi best jugak la..especially untuk Muammar..sebab boleh main air...:D Budak mana yang tak suka main air kan..????

Actually, babies of this age, 1-year-old to 2.5-year-old, love to be outside.....Luas pemandangan and at the same time boleh dia kenal the outside big world...kita jugak boleh introduce a lot of things yang ada kat luar...kereta, batu, jalan, pokok, burung, semut, ampaian, hose, rumput ant etc..etc...sambil-sambil tuh, bagi babies hirup udara luar sikit...( as long as tak tercemar yerrr...):D

"Can I have this hose Muammar?" Abah pujuk Muammar nak pinjam getah paip dari tangan dia...

Aktiviti yang boleh buat satu family bagus untuk introduce chores pada children. Biar babies belajar, ini adalah satu tugas. Kiata ajak dia buat sama-sama. Babies akan belajar tanggungjawab dan kerjasama. Then, boleh sematkan nilai-nilai  positif lain macam babies akan tau, dia pun sebagai as part of the team, he is belonged to the family, create confidence and diperlukan....Last but not least, with the sops, bubbles and water, its just has so much FUN!!!!

"Ok, we are done..let's get inside.."
Kalau dulu-dulu, time nak tolong hubby cuci kereta, Muammar kena tinggal dalam rumah...bergayut la Muammar kar grill pintu merengek nak keluar...sekarang, senang...Muammar pun boleh main air sekali....Both mummy and baby pun happy...:D

"Yeayy, happy that I can help."
Ok lah, itu aje nak share...nanti kita share lain-lain yer....my dream is, kalau la setiap hari saya boleh bawak Muammar pergi main kat padang...bestnya....:D

Tapi takpe, maybe once in a while boleh ajak Abah Muammar bawak pergi taman main bola..sekarang main bola atas karpet dekat living hall aje la gamaknye...huhuhu

Byeee....

Thursday, July 12, 2012

Managing My Little Climber

Assalammualaikum....

Lama tak citer pasal Muammar nye keletah kan...??? Sebab ibu dia nih pun dah lama tak hapdet blog...busy laa..heheheh

Muammar dah pandai jalan sekarang. Tapi yang saya nak cerita bukan pasal Muammar dah boleh berjalan, tapi yang lebih merisaukan saya adalah hobi memanjat dia.

Rasa best la tuh boleh panjat berdiri kat kerusi..:
Tengok la aksi dak Muammar nih haa....pantang nampak kerusi nih, mesti nak panjat....memang la dia nampak dah cekap memanjat tuh, sebab berdiri pun dah stabil...tapi coordination baby lagi kan, memang  tak berapa nak kuat lagi.

Gigih....
Seriau saya di buat nya. Kadang-kadang penat jerit " Muammar, get down...!!!"

Dia paham tau kalau saya suruh dia jangan buat, tapi nanti dia sengih-sengih. Pas tu sambung panjat lagi. Haaa....apa kes...??

Maybe dia rasa, ibu ada nak sambut dia kalau dia nak jatuh...Sebab selalu pun saya akan stand by kalau nampak dia memanjat.....

Memang takut tengok dia, tapi, saya realize, memanjat ni pun sebagai exercise untuk kuatkan otot, flexibility dan koordinasi badan dia. So, kena be extra careful. Apa-apa pun, yang penting adalah safety. That's my main concern.

As a mother, tipu la kalu tak risau anak kita sakit sebab jatuh kan..Ibu kan memang cepat risau.....betul tak?:D

Dan yang selalu saya buat, bila tengo dia panjat yang bahaya-bahaya, saya jerit....

"Muammar, no!" .

"Muammar, jangan!"

"Stop. Muammar, get down please.!!"


Tapi, saya ada belajar something from this site.

Eiisshh...boleh ke tidak nih...??
Jangan halang baby buat sesuatu dengan terlalu loud and dramatic (jerit!!..:D). Sebab, kesannya, takut anak akan jadi macam satu keseronokan buat sesuatu yang kita larang hanya untuk dapatkan perhatian kita. Takut nanti anak akan bertindak lebih nakal. Bila kita kata jangan, lagi dia nak buat.

Haaa....camner tuh? Saya fikir-fikir betul jugak. Macam saya tengok dalam rancangan Nanny 911 tuh, dia ada mention, kenapa kids making tantrums??

One of the reasons is, tantrum is a way to get their parents attention!!!

Pegang kuat....!!

So, bila anak-anak memanjat, we better explain why it is not allowed. Kena bagitau yang kerusi untuk duduk, meja untuk letak barang , dan rak untuk susun buku.  

And firm reminders and demonstration might work as well rather than yelling and being dramatic.

Muka cuak

Dan satu lagi cara yang boleh kita cuba ialah dengan cuba untuk chanel endless energy budak-budak nih untuk aktiviti yang lain selain memanjat. Budak-budak kan memang tak tau penat.

Maybe boleh ajak dia main baling-baling bola, atau main kejar-kejar, peek a boo. As long as dia distracted dari cubaan-cubaan membahayakan diri untuk berada di tempat tinggi..hehehe

Okey, tengah balance kan kaki...

Setakat nih, everytime Muamar memanjat, saya akan make sure apa yang dia panjat tu tak terlalu tinggi. Macam sofa dan katil...which saya tengok dia pun dah pandai balance kan badan dia...

Cuma kadang-kacang dia cuba panjat meja makan and coffee table...Quite bahaya kan? Takut terjatuh dan terlanggar benda lain pulak.

See ibu, i managed to stand as tall as u are..::D

Luckily, Muammar tak pandai lagi panjat-panjat sofa dan terjun tiruk ke bawah macam Ultraman....Esok-esok dah besar sikit tak tau laaa....

Semoga Muammar takkan buat macam tu yer sayang..Jangan la nak wat ibu cemas okey....Ibu tak nak Muammar benjol dahi sana sini nanti...huhuhuh

"Okeh...saya berjaya. Now, it's TV time...."~hamboii...tengok TV sambil depang tangan..

Thursday, June 14, 2012

Hair Style No. 3

Assalammualaikum....

Jangan panik....jangan panik.....

Sebelum nih saya tak de pun buat entry hair style No. 1 atau No. 2...

Yang nih Hair Style No. 3 sebab, my hubby yang kata macam tu. Kalau saper yang biasa guna hair clipper, tau la kut...Tak atau hair clipper tu yang mana??

Ketam rambut...atau machine potong rambut yang sekejapan aje boleh sagat ambut macam askar tu...heheeheh . Saiz mata ada 4, 3, 2,1....Kalau no. 4, lebih tebal, kalau no. 1 yang paling nipis sekali la kiranya...


Style yang paling senang nak buat. So, Abah ngan Muammar guna style yang sama... Kadang-kadang guna No.2. Ringan je kepala saya tengok, especially for Muammar....

Sebab budak kecik nih senang berpeluh..bila dah berpeluh, sekali ngan kepala lencun....tapi saya suka gak cium....mashem2 best je bau kepala baby nih...heheheheh

Selalunye sesi ketam-mengetam ni buat bergilir-gilir yer...mula-mula Abah ketam rambut Muammar...then Ibu ketam rambut abah..sekali harung..

Dan inilah hasilnya .......Dua orang anak beranak sama pesen rambut...


Jimat duit potong rambut...Kalau tak dah melayang RM 10 untuk dua kepala nak kena ketam....hahahahahh.

Tuesday, June 12, 2012

Chak-Chak Muammar

Assalammualaikum....

Saya pernah tulis entry pasal Muammar punya separation anxiety kan? Bila dia rasa takut everytime ibu dia hilang dari pandangan mata dia.

Main hide and seek , atau peek-a-boo ni bagus untuk ajar baby tentang object permanence...so, that, dia belajar, something is not missing even takde depan mata. So, it will reduce his anxiety bila tak nampak kita kat depan mata.

Macam Muammar sekarang nih, Alhamdulillah....tak clingy sangat macam dulu...especially bila dia ralit dengan toys dia atau dia nampak ibu dia sibuk wat keja kemas rumah.

Cuma, ada satu jer lagi big problem, sekarang dia akan nangis bila nampak pintu tertutup. So, kalau nak pergi bathroom, even kejap aje (itu pun kena sneaked out nak pergi), dia akan cari....masa tuh tak nangis pun, tp once nampak pintu bathroom tertututup...terus nangis kuat2...jerit sampai merah-merah muka...air mata air hidung siap......

Selalunya, kalau tengok Muammar main sorang-sorang, saya suka main hide and seek. Nanti dia akan cari pusing satu rumah..kadang-kadang tak jumpa..pastu nangis....hahahah..saja je kan ibu dia duk menyakat.

So, kadang-kadang just main menyorok kat belakang sofa aje...yang bagusnya, Muammar dah pandai tinjau dari bawah sofa..bukannya setakat cari pusing keliling aje...

Chak...jom tengok through this....:D


Saya tunggu kat belah depan sofa,  Muammar dah meniarap tinjau bawah sofa...hahahah...tak sempat nak lari...Dia dah nampak...:D

Ibu...look ....I'm here...:)

Kadang-kadang kalau saya duduk kat bawah tengah lipat kain, dia pergi sendiri kat belakang sofa, dah tuh sibuk wat bunyi nak tarik perhatian la kononnya tu kan....:D

Tapi waktu nih la yang syok main pun....Muammar gelak mengekek suka....

Waktu ibu dia hilang pi bathroom kejap....meraung sampai satu taman boleh dengar....hahahaa....

I hope, cepatlah Muammar besar, dan jadi faham ibu dia pun perlu privacy time di bathroom once a while....:))

Monday, May 28, 2012

Current Favourite Spot

Assalammualaikum.....

Setiap hari bila my hubby balik keja, Muammar adalah the happiest kid in the world...

Dengar bunyi pagar, laju-laju merangkak pegi kat pintu depan....

Pas tu, bila abah sampai depan pintu, siap-siap hulur tangan minta dukung....Bila saya nak ambil dari hubby, kemain lagi dia toleh tak mau.

Nanti kalau dah dapat dukung kejap kat abah dia, baru la dia okey balik. Boleh dah main sendiri.

Tengok berita kat tv macam paham jek...
 Malam-malam pulak time lepas solat Maghrib tu, time tengok berita, rajin dia datang menempel kat abah dia.

Sekarang nih kalau tengok abah dia dah duduk depan tv, dia pun datang sengih-sengih duduk dalam kain atas riba....

Nak bermanja la tuh yer..:D
Nak manja la tuh kut dengan abah dia pas sehari tak jumpa. Boleh main-main, guling-guling, sembang gugu gaga kejap dengan abah dia, baru la nak pegi main balik. Bukan la main apa pun, main a.k.a buat-buat sepah-sepah barang mainan kat hall...:)

Playing on his own

 Misi duduk dalam riba kain pelekat abah, kadang-kadang lama..kadang-kadang kejap..ikut mood. Takpun tunggu sampai lapar nak susu baru la sibuk nak cari ibu....:)


Tengok tuh...guling-guling siap....
 Manja nye la aiiii Muammar Rafiqi......

:)

Thursday, May 24, 2012

My Little Footballer

Assalammualaikum....

Lama tak update citer pasal Muammar yayang...

Ada gaya idak...???:D

Sekarang dia dah setahun..Tapi jalan tak pas lagi....1,2,3, 4,5 steps dah merangkak balik....tak pun jatuh terduduk bam-bam....heheheh. Bila la ibu dia boleh tengok Muammar lari kedek-kedek nih....:D

Dalam entry sebelum nih saya, saya ada cerita pasal Muammar yang suka sangat dengan bola. So this entry is about Muammar and his ball.

Bola kesayangan

1. Favourite toys : Green ball

2. Favourite picture : Ball

3. Favourite Show: Bola Kampung @ TV9

4. Favourite news : Berita Sukan yang ada bola.

5. Playtime : Suka tengok sepupu-sepupu dia kat rumah Tok main kejar-kejar bola. Kalau dalam kereta nampak padang ada budak main bola, jerit dalam kereta. Suka la tuh.....:D

Muka serius cenggini, time tengok berita sukan
Saya rasa kalau dia dah boleh lari, hari-hari pun nak main bola.

Kalau tengok berita sukan, tak kejip mata. Macam paham jer. Serius giler muka. Saya tegur pun buat tak layan.

Kalau reading, ada gambar "ball" , dah nak stop reading...laju-laju pergi cari bola hijau dia....

Dengar jer lagu intro kartun Bola Kampung, laju-laju pegi merangkak depan tv..Sengih-sengih sorang-sorang.

My little footballer
Kalau balik kampung jumpa sepupu-sepupu dia, dorang main kejar bola, Muammar tumpang gelak jerit-jerit galak....And dia layan geng sepupu lelaki aje...Yang pompuan kureng....heheheh. Hero sungguh la kamu ye Muammar....

Hmm...Muammar nak jadi professional footballer ker dah besar nanti? Ibu n jer..kalau dah minat..Kalau-kalau ada talent nak jadi  macam Faiz Nazmi boleh main kat Europen Club...heheheh
:D

Wednesday, May 9, 2012

Happy 1-Year-Old Birthday Muammar !!!

Assalammualaikum....

Happy birthday to you....
Happy birthday to you....
Happy birthday to Yayang Muammar...
Happy birthday to you....

(sambil background ada sound effect bunyi letup-letup belon bunga api dan tali jurai pop-pop yang selalu 
orang main masa kat party.....:) )

Muammar Rafiqi bin Mohd Rodi

Alhamdulillah....Sudah setahun usia anak ibu nih....Rasa macam tak percaya je anak ibu dah besar, bukan lagi baby yang dulu tak berdaya melakukan apa-apa.

Anak ibu dah mula bijak berdikari, membesar dengan sihat dan ceria.

Semoga anak ibu dan abah nih membesar menjadi seorang anak yang soleh, yang lembut hatinya, yang fasih bicaranya, yang tajam akalnya, yang baik budi pekertinya, yang sihat tubuh badannya dan  yang berjaya hidupnya dunia dan akhirat.

Ibu dan abah sangat -sangat menyayangi kamu Muammar...

Kamulah buah hati penyeri hidup ibu dan abah.

Kamulah pelengkap hidup kami.

Happy Birthday Muammar !!!!!

With lots of LOVE

~IBU~

Sunday, May 6, 2012

Muammar 11 Bulan

Assalammualaikum....

Waaahhhh...nak update Muammar 11 bulan dah..... tak sangka anak saya dah nak sambut first birthday.....macam sekejap aje masa berlalu....Rasa nya macam tak berapa lama mana lah pun detik-detik saya lahirkan dia...huhuhu. Tau-tau dah nak setahun dah budak kecik tomel tiut nih.....

Hmm... di usia 11 bulan...agak banyak jugak perkembangan Muammar nih....

Firstly, Muammar tak boleh berjalan lagi nampaknya....Tapi dah boleh meniti di sofa dan almari dengan laju...dan boleh berdiri sendiri perlahan-lahan..kadang-kadang risau saya kalau dia tersembam....ada 2-3 insiden jatuh tersembam sebab off balance....Tapi Muammar nih mana serik....buat lagi ada....:D

Then, Muammar dah pandai turun naik katil...yeayyyyy....

Happy ko ye nak memanjat sana sini....:D


Which means, Muammar dah pass panjat memanjat... Jadinya semua tempat yang boleh dipanjat dia nak panjat. Lokasi termasuk sofa, seater, kerusi kayu dan meja....bukan reti takut, berani aje dia walaupun sebenarnya bukan la kuat mana pun....kalau  nak panjat sofa, pandai dia cari tempat boleh tumpang pijak, sebab sofa tinggi sikit...so, kadang-kadang dia pijak atas peha saya nak boleh panjat sofa jugak...dah tuh turun balik..ulang benda sama....

He is ON the walker.....not IN...:)
Muammar dah faham numbers...Kalau saya sebut 'one.two..three..." dia pandang kat jam dinding...sebab selalu kalau saya baca one two three saya tunjuk kat jam..yelah, sebab jam besar kan..nampak sikit la number tu....bila kita baca one two three dia akan tunjuk kat jam, buat bunyi-bunyi ( kekonon ikut saya sebut laa tuh...) then sengeh-sengeh....hihihi. Comel...

Dan pandai buat sepah jugak...
 Pandai buat isyarat telefon....bila kita sebut " Helooo..." dia pun sama la ..."oouuuu....", somel jer suara dia......sambil letak lengan kat telinga..hahahah. Pandai.....

Dan dia dah pandai tunjuk respons for some words.....Especially ball...sebut aje ball...cepat-cepat dia pandang bola hijau dia..faham dah. Then bird...cat....tv (op kos la sebab budak nih hantu tv), telefon and some others....

Even Muammar dah pandai merajuk bila kena tegur....dah faham erti "haip...haip..." Selalu sakat dia....nanti dia mula buat muka sayu pastu bibir cebik....berkaca mata nak nangis..Maybe dia dah pandai bezakan intonasi sayang dengan yang garang....

Kadang-kadang tau saya marah, dia akan cuba ambik hati...merangkak datang kat saya, pastu duduk dalam riba....

Muka nak amik hati ibu yang garang..heheheh
"Haa..haa...haa...." konon-konon bersembang ngan saya ....wat-wat alih topik la tuh...terus tak jadi nak marah..:)

Kalau tengah hari dan petang, kalau dia dengar kereta abah dia masuk parking, cepat aje berhenti dari main..kalau tengah susu, sanggup tak mau susu...Dah tu pandang muka saya, tunjuk tangan kat luar...sambil buat bunyi...."haa....haaa..."


Ceeaahh...kekonon bagitau saya la tuh abah dia balik....:)

He's a ibu's or abah's lil boy???
Dah pandai jugak nak mengikut...pantang nampak kita bersiap, dia pun kalut sama minta diangkat..takut kena tinggal....pagi-pagi sebelum my hubby pi keja, kena bawak Muammar jalan-jalan kat luar dulu..kalau tak maunya menanges meraung sedih budak kecik tuh...kalau nampak saya dah pakai tudung, dah tau dah Muammar nak hulur tangan...nak ikut la tuhhh..:)


 Lagi satu Muammar yang hantu tv nih, dah pandai imitate saya pegang remote controller tv...kaalu saya turn off tv, dia pulak amik remote tuh, pegang dengan hujung jari, tala kat tv...kekonon nak on balik la tu......

Amboi...pandai sungguh dia...yela , hari-hari kut duk perati kita buat ape....

Hmm...ok la..itu jer update sikit...nanti update setahun pulak...this entry pun lambat nau publish nye kan...dah nak besday dah budak kecik nih....

Tq for reading....

Babai.....

Saturday, May 5, 2012

Anak Abah....!!!

 Assalamualaikum...

Tengok gambar nih........

Memang anak abah sungguh laaa budak kecik Muammar ni.....

Kalau dengan ibu dia selalu manja-manja nak susu aje....kalau dengan abah, manja gini lah. Siap boleh peluk-peluk rapat-rapat cenggini.



Sekarang nih lagi la.....Pantang abah nak pegi keja, mula merengek nak ikut sama..Bila tangok abah dah pakai kemeja, sikat rambut wangi-wangi, Muammar pun kalut jugak ke hulu ke hilir minta perhatian my hubby.

Abah dukung kejap, dah tak mau pegi kat saya....Puas pujuk pulak..baru nak saya dukung plak....

Kadang-kadang kena bawak dia jalan naik keta kejap dulu sebelum Abah pegi keja..konon-konon pujuk la tuh....Kalau tak, mula nak jerit protest..haahaahaa

Bila balik keja, dengar bunyi gate terbuka, semua yang dia buat berhenti....tengah main ker...tengah susu ker....pastu pandang kat saya...

"Haaa........haaa.....haaa......" sambil tangan tecit dia  tunjuk kat luar.....Hmm, dah paham abah dia balik kerja...
 Pastu cepat-cepat merangkak tunggu kat depan grille.....Bila abah buka pintu aje....

"Cakkk......."...kemain lebor dia senyum....Sambil hulur tangan minta diangkat.....:)) Bila my hubby dukung...terus sengih gedik sambil godek-godek kaki.....



Haaaihhhhh....manja abah sungguh kamu kan Muammar.....!!!!!

Wednesday, May 2, 2012

His Yellow Stallion

Assalammualaikum...

Pose & Smile....:)
Adoiyaiii...lama tak update blog saya nih..tak berapa sempat la sekarang nih...bila time cuti banyak, kalut ke sana ke mari...blog pun tertinggal la kejap....

Ok lah ...short entry aje...

Saja nak share aksi Muammar dengan kuda kuningnya...

Kudaku lari gagah berani..lalalala...
Abah Muammar belikan masa Muammar baru 8 bulan lot...masa tu baru lepas pergi klinik paeds...Kat sana ada banyak rocking horse yang macam kat Ikea tu...


Bila bagi Muammar naik, kemain suka pulak budak bulat nih kan....

So, abah dia mana boleh tengok jer...terus ajak pi Giant pas tu nak cari kuda...hahahhaa


Dulu tak berani nak naik sebab kuda nih macam tinggi skit...kaki kontot Muammar tak sampai...takut dia sebab tak stabil kut...

Ada gaya tak ????:D

 Tapi sekarang syok dah main kuda....siap eksyen berdiri atas kuda lagi...amboi..macam mat rempit jer saya tengok.....

Kalau Muammar naik goyang-goyang pas tu saya buat bunyi tapak kaki kuda....

"Duk....guduk...guduk...guduk..."  

Lagi la suka tersengih-sengih.....


Hmm..apa-apa la Muammar...semakin dah nak setahun umur nih..makin macam-macam perangai dia...Perangai macam budak kecik dah..tak macam baby lagi....heheeh

Ok lah..itu aje....

Babai....:))

Wednesday, April 25, 2012

Muammar Loves Playground...!!!

Assalammualaikum.....

As in my previous entry, saya ada mention that my mom's house duduk berdepan dengan padang kan...?

So, entry kali ni nak citer pasal bawak Muammar pegi main  kat playground.

Seronok dan excited..that is the descriptions on what we felt that afternoon.....Saya, hubby and Muammar....you know...kids kann...they love padang..or anything outdoors....cerah sikit la dunia dia kann......heheheh

Muammar excited tengok macam-macam ada kat padang tuh...ada playground stuff yang colorful and kids running and yelling everywhere....:))
Yeayy...Muammar is riding on a seesaw..:)

Naik jongkang-jongket...hehehhe...abah tolong snap pictures...tengok kaki Muammar stretch jer kan??? Haa...sebenarnya kaki dia duk godek-godek gedik....hahahah

Pipi Muammar dah macam Sin Chan pulak ibu tengok..bulat ..labuh..:)
Mula-mula takut jer dia duduk atas seat tu....pas tu bila abah dia agah kat hujung satu lagi, dah tuh duk goyang see-saw tuh dia pun ok laaa...Mula rasa syok naik menda alah tuh...

Tapi tak lama...dia sangat-sangat distracted dengan bebudak yang berlari-larian main bola....Mata asik tumpu kat situ aje....tak sabar la tuh nak dapat kaki yer...mesti Muammar dak kecik nih dah pasang angan-angan besor nak main sepak bola jugak.......:P

Nih muka agak-agak dah boring la tuh..:P
Dah tu leka dia tengok bebudak tu main lompat-lompat kat kat slide....agaknya mesti Muammar rasa pelik dengan apa yang ada kat sekeliling dia....Tak pernah lagi  bawak dia pergi playground...Yelah, dia  tak pandai nak berdiri berjalan lagi....nak main cemana kan..nanti sok-sok dah boleh berjalan berlari, boleh la lepas dia main kat playground....:)

Dengan Abah...

Tak mo pandang camera dah...
Rasa seronok tengok Muammar kat padang tuh...Entah la nak describe macam mana....tapi rasa macam.."ehh..dah besar anak aku...dah nak pandai main dah....huhuhu..."

Rasa macam excited tak sabar nak tengok dia berjalan lari-lari...walaupun nanti kalau dia dah boleh lari mesti saya pulak yang lelah nak kejar...tapi takper la....nak wat cemana....dah bebudak memang macam tuh kan....kita layan kan ajer...:)

Get set...ready...GO!!!
Dah bosan main seesaw, kita main slide pulak....naik slide Muammar takut....kaki duk melekat lat lantai slide aje..tangan pegang tepi slide kuat-kuat...

Takpe laa...tak biasa kan...nanti sok-sok kalau dah biasa, haaa...pi padang nanges-nanges tak mo balik pulak.....nanti bila balik rumah nenda asyik sibuk suruh bawak pi padang ajer..tak caya...nanti  kita tengok yer Muammar sayang...:D

Yeayy..landing...
Tak boleh nak imagine macam mana Muammar kalau dah boleh berjalan berlari....mesti lagi sakan dia melasak...sekarang nih pun, lasak bukan main.....panjat sana-sini...Merangkak bukan main laju lagi....kadang-kadang naik risau saya sebab pikir tak sakit ker lutut dia merangkak laju-laju macam tuh.....

Hmmm....cepat besar sayang yer...cepat boleh jalan, boleh berlari......nanti boleh selalu pi playground boleh main puas-puas...and boleh sepak bola....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...