Sunday, March 11, 2012

Hari Ahad Abah Cuti

 Assalammualaikum....

Hari Ahad adalah hari cuti hubby yang baru...before this, weekend adalah Jumaat dan Sabtu.

Saja nak share Muammar tengok abah cuci kereta....

One day, bila dah pandai jalan, Muammar boleh tolong abah siram kereta yer sayang....


"Wah, syok nye tengok air pancut-pancut...Tak leh mandi ker??? :D"


"Alaaa.....cemana nak pegi nih? Abah tak mo ajak ker????"

"Ibu...tolong la saya...saya nak pi kat luar tolong abah main air...huhuhu.."

Friday, March 9, 2012

My Poor Baby with Coxsackie - Part 3

Assalammualaikum...

Alhamdulillah....referral ke KMC senang diuruskan dengan bantuan Kak Marina. Thank you so much Kak Ina yer....

Sampai-sampai je kat KMC, terus jumpa kak Ina dan kitorang register untuk klinik Dr. Razif. Luckily, ada sorang patient aje. So, sekejapan aja dah dapat masuk jumpa doktor.

Dr. Razif pun dah already noted dengan referral letter dari PMC tu. So, dia pun check Muammar lagi....Suruh Muammar baring untuk cek pernafasan dan reaction. Then check mulut dan temperature. Suhu 38.5 degree. Dr Razif kata memang tinggi, sebab muka Muammar dah merah....Dr.Razif bagi ubat punggung kat Muammar nak bagi cepat sikit turun suhu badan Muammar.

Masa Dr Razif suluh mulut Muammar, dia suruh saya tengok ulcer dalam mulut tu....Ya Allah...memang banyak.....kat tekak Muammar penuh biji-biji merah bersusun bergugus-gugus.....patut pun dia tk boleh nak susu.....iskkk...isskk....

Muammar yang merengek
Doc memang suruh masuk ward. Katanya, coxsackie nih boleh jadi serius kepada kanak-kanak especially  kat yang baby lagi sebab imun system yang lemah. Takut kalau kat rumah, suhu naik tak menentu risau akan ada jangkitan pada otak baby. Doc suggest untuk bagi IV drip kat Muammar untuk elakkan badan dia lemah. Bila ada tenaga nanti lagi cepat badan boleh lawan virus tu. Alhamdulillah, Dr. Razif memang tip top....explanation pun bagus, tengok dia treat Muammar pun ok.

Urusan nak admit ward pun alhamdulillah..sekejap aje... Saya pun tak sabar dah nak baringkan Muammar...dia dah tak selesa sangat-sangat...nak minum dari sippy cup pun tak mau dah...memang kelam kabut betul ibu dia rasa bila dengar Muammar asik merengek aje....

dah makin banyak bintik merah
Dapat je katil, terus tukar baju and pampers Muammar dulu...lap-lap badan dia sikit bagi rasa selesa....dia masih refuse nak direct feed. Mujur dalam dia merengek-rengek tu, mau jugak minum dari sippy cup walaupun sikit-sikit je dia telan...dah lapar sangat kut...sian anak ibu....huhuu

Yang nih BF lepas dah petang sikit....dah spray ubat kebas mulut
Tak lama pas tu, Dr. Razif cucuk jarum untuk masukkan drip...Masa ni Muammar nangis punya kuat...Doc susah nak cari urat darah dia sebab Muammar bam-bam sangat..banyak isi....Saya tolong pegang dan teman kan Muammar...Tapi Dr. Razif puji sebab Muammar nangis aje, tak meronta-ronta macam ada sesetengah budak....Tapi memang sedih tengok dia nangis...Saya risau bukan ape, bila dia nangis, memang akan lagi sakit tekak dia...suara pun jadi serak sangat dah...

Dalam tak larat, sempat lagi tengok tv tuh....hihi
Masa first day kat KMC, every 2 hours nurse akan datang check temperature...Doc kata even dah bagi ubat, temperature demam kena monitor selalu, sebab virus nih buatkan temperature badan fluctuating.

Doc prescribed ubat demam, anti viral, ulcer gel dengan ada satu ubat spray dalam mulut..doc kata untuk bagi rasa kebas dalam mulut so Muammar boleh susu. Alhamdulillah...memang berkesan la ubat tu....dalam setengah jam pas spray tu, Muammar boleh direct feeding. Boleh la dia tidur lena skit.

Dah tak mo main dah.......
Actually, merah-merah tu memang gatal....Muammar nak garu sampai gigit-gigit....Ye la, sebelah kiri dah berbalut sampai ke jari...nak garu yang kanan, dah tak boleh...dia sampai gigit wrist tangan kanan sebab gatal..sian saya tengok merah-merah dia gigit..saya boleh tolong gosok-gosokkan aje kat tempat gatal tu..:(( tak sampai hati tengok dia gigit tangan sendiri....

Bila bosan, ibu bawak pi ronda kejap yer..
Muammar tido pun sekejap-sekejap jer....Selebihnya merengek...main sikit-sikit...then mai datang cari saya...sepanjang dia demam tu, dia lebih banyak cari ibu dia  banding ngan abah dia....nak memerap aje....sampai kan tidur pun nak kena peluk dia...saya letak kat tilam terus jaga...nangis....

Kesian kena usung menatang drip tu
Kiranya sepanjang hari tu sampai malam, dia memang tak selesa...merengek macam ada yang tak kena....Ya Allah, mesti dia tak selesa sangat-sangat. Masa malam tu, tok dengan wan datang melawat pun, dia tak mo pi kat sapa-sapa. Selalu memang dia ceria dan aktif bila ada orang ramai-ramai agah dia.

Jalan ngan abah pulak....

Even worse, malam pertama di KMC, Muammar tak boleh tido lagi.....dari jam 10 malam, cuba nak tidokan dia, dia menyusu sikit sangat....Saya dengan hubby gilir-gilir dodoikan dia..bagi susu dalam sippy cup....pun dia tak boleh tido....kesian sangat tengok dia nangis lagi sampai suara serak dah....Kami berdua pun tak tido...sampai la pukul 5 pagi kot, nurse datang bawak ubat spray mulut....baru Muammar boleh susu sikit..then baru boleh tido.....Saya sampai nangis nak bagi dia tidur ...lagi satu kesian bila fikir dia kelaparan sebab mulut sakit tak boleh telan...huhuhu

Saya pulak kena la pump susu sebab dah bengkak..sakit dah rasanya...bila dah pump baru la rasa lega sikit...dapat dekat-dekat 10 oz...paling banyak pernah dapat..selalu tu paling banyak pun 5 oz je....Alhamdulillah...nanti pagi boleh cover bagi Muammar kalau dia tak mo direct feeding lagi.....

...to be continued...

Next entry : My Poor Baby with Coxsackie - Part 4

Thursday, March 8, 2012

My Poor Baby with Coxsackie - Part 2

Assalammuaalaikum...

Khamis, 1 Mac, awal pagi, saya dan hubby bersiap-siap ke hospital. Tengok muka hubby memang kusut. Ye lah, Muammar tak sihat...malam takleh tidur. Kebetulan pagi tu dia ada site meeting dengan boss kat site project. Tapi hubby kata, jom bawak Muammar pi hospital dulu. Meeting kalau sempat nanti dia pergi. Saya menurut aje....

Mula-mula kami ingat nak ke hospital besar. Then on the way hubby kata terus shoot pi Alor Star aje lah....Decide nak pi PMC.

Dalam kereta Muammar still merengek...tak boleh jugak nak direct feed BF. bagi dia sippy cup boleh la dia minum skit-skit. Kesian tengok dia ...lemah dah badan dia.

Hubby drive pun sikit punya laju. Kul 8.30 pagi dah sampai PMC. Register bagai-bagai, kul 9 tunggu doktor pulak. Katanya 9.30 , tapi dekat kul 10 baru nampak doktor. Then kena tunggu turn plak lagi. Rasa cam lambat je masa berlalu bila tunggu turn Muammar nak boleh masuk jumpa doktor. Muammar pun merengek aje...Saya tau dia lapar, penat, mengantuk dan tak selesa. Masa tu rasa macam helpless sangat. Dalam hati saya duk kata , " Ya Allah, apa lah yang boleh aku buat untuk hilangkan kesakitan anakku ini...???"

Dan banyak kali jugak saya cakap kat Muammar, " sabar ye sayang.....macam mana la ibu nak tolong adik lagi nih?? Ibu kesian kat adik..Ibu tau adik lapar ..nak susu yer....minum sikit yer....sikit pun jadi la..pelan-pelan...biar cepat baik yer.....". Jadi macam buntu sangat bila tak tau buat apa nak tolong Muammar.
Masa kat PMC, mujur ada Kak Nora. Kak Nora nih office  mate hubby. Office hubby tak jauh dari PMC. So, Kak Nora teman kitorang dari pagi tuh sampai la settle di PMC. Muammar pulak, yang saya bangga tuh, dalam tak larat dia, masih jugak tersengeh bila Auntie Nora dia agah. Boleh jugak senyum sikit-sikit bila kita ajak main dengan dia....Hmm, memang kuat anak ibu nih yer....

Bila masuk jumpa doktor, doktor cek tangan, kaki dengan mulut Muammar.. Rashes merah makin banyak. Masa doktor suluh mulut Muammar dengan lampu suruh hubby tengok ulcer dalam mulut dia, hubby kata memang banyak ulcer kat tekak dia. Bersusun biji-biji kecik-kecik. Merah mulut Muammar. Suhu demam  pun tinggi, 38.7 dgree.

Doktor bagi dua options. First, ambil ubat dan makan ubat kat rumah aje. Second, admit ward, pemantauan di hospital, ada ubat dan boleh masuk drip. boleh pilih sama ada nak kat PMC atau hospital besar. Doktor akan buat referral letter.
Doktor inform yang simptoms akan jadi lebih teruk sebab masa tu baru masuk hari kedua. Rashes tu akan tambah teruk sampai baby tak boleh makan minum langsung dan suhu akan lagi tinggi. Takut bila badan baby lemah, lagi teruk keadaannya. At least at hospital, akan di pantau dan boleh drip untuk bagi tenaga. 

Mula-mula kami decide admit di PMC aje. Tapi after discussion dengan Kak Marina,agent takaful Muammar, kami minta doktor refer ke KMC.

...to be continued......


Wednesday, March 7, 2012

My Poor Baby with Coxsackie - Part 1

Assalammualaikum...

Agak lama saya tinggal kan blog nih...dah ada 2-3 entry yang ter'delay'. Tapi this time, entry ni saya create khas untuk cerita experience Muammar ku sayang diserang virus coxsackie.

Mula-mula, u olls tau dak coxsackie virus tu ape? Coxsackie virus nih yang boleh mengakibatkan penyakit tangan, kaki dan mulut atau hand, foot & mouth disease (HFMD). Biasanya yang terdedah kepada jangkitan adalah kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.Gejala yang ketara adalah ruam berair macam Chicken pox kat tangan, tapak tangan, tapak kaki dan juga di dalam mulut. Dalam mulut biasanya akan jadi ulcer yang teruk.

Biar saya cerita dari awal yer....

Hari Rabu, 1 Mac - Muammar bangun pagi dengan ceria...macam biasa...sibuk teman saya iron kemeja hubby dan prepare breakfast...Masa abah dia nk pi keja, Muammar masih lagi boleh ketawa bila babai abah.

Lepas breakfast dan mandi, Muammar main macam biasa...Saya pun buat keja dapur sikit-sikit...Tapi Muammar mula meragam..asik nak ikut mana saya pergi...kena tinggal jer, mula menangis...saya pun pelik kenapa pulak dia mengada-ngada....selalu boleh jer main sendiri....

Dalam pukul 11 gitu, Muammar susu dan tertidur...Saya sambung buat keja dapur...Jam 12 lebih Muammar terjaga, saya sambung BF dia...topok-topok montot dodoikan dia...usap kepala dia, rasa suam-suam....dalam hati berdetik...

"Eiisshhh...demam adik nih...". Bila Muammar lena semula, saya amik termometer. Cek suhu Muammar..37.5 degree...Ada demam sikit.....hati mula susah :(

Hubby balik lunch, saya pun report kata badan Muammar panas. Hubby kata suh buh kool fever dan jerlum kepala dia dengan towel basah. Kut-kut nanti petang ok..Saya bagi ubat demam yang KK bagi untuk setiap  immunisation jab Muammar. Pas tu Muammar pun lena balik.

Petang sikit badan Muammar still panas....tengok dia pun tak selera dah nak main...hati ibu mana yang tak rusuh tengok anak dia yang selalunya aktif cergas tetiba tak bernafsu nak main..dia nampak tak larat....merengek aje....muka merah...kejap-kejap dia nak baring....pantang nampak saya bangun, dia mula nangis.....

Yang lagi sedih, bila Muammar asik pandang kat longgokan toys mainan dia...tengok dia memang ada hati nak main....tapi nak merangkak pi kat mainan tu dia dah tak larat....kesian sangat masa tu saya tengok dia...
.
Tido petang....tengah hari tak de selera makan




Maghrib....pas solat, saya cek Muammar...tangan dan kaki...Ada nampak bintik merah...Hati dah berdebar...dah syak yang bukan-bukan...bukan chicken pox, sebab Muammar dah dapat masa umur dia 21 hari. Kebetulan, baru beberapa hari sebelum tuh, saya chat dengan member di UiTM pasal anak dia yang kena HFMD 2 minggu lepas.


Saya mengadu kat hubby. Dan-dan, hubby suruh siap untuk bawak Muammar ke klinik. Dalam hujan lebat hubby pecut kereta nak kejar waktu closing klinik kanak-kanak Dr. Harcharan yang kami selalu bawak Muammar tu. Sampai kat sana, dah hampir nak tutup. Tapi nasib baik masa tu ada 4-5 orang lagi patient.

Dr. Harcharan memang baik. Sebelum ni kami bawak Muammar memang ok. Tapi malam tu, tengok dia examine Muammar macam ala kadar... saya tanya macam-macam, dia jawab nak tak nak. Even temperature Muammar pun tak ambik. Tu yang wat saya geram....:(( 

Dia  yang confirmkan Muammar dijangkiti HFMD. Dia bagi ubat demam, ubat antibiotik, ubat sapu untuk gatal dan gel mulut untuk ulcer. Dia kata, nanti 4-5 hari baik....Kami pun balik dengan harapan Insya Allah Muammar akan sembuh dan tak de apa yang kami perlu risaukan sangat.

Baru pas bagi ubat demam. Boleh main sekejap
Malam, Muammar tak boleh tidur....nangis dan merengek. Tak mahu menyusu. Tiap kali suakan susu, dia menangis. 

Masa tu, saya memang rasa nak nangis sama. Kesian sangat tengok dia nangis sampai takde suara. Muammar tak jerit, nangis aje..Mengongoi.....Ada dua kali aje dia terlena...dalam setengah jam aje..itu pun sebab dia dah terlalu letih agaknya...susu tak leh langsung...Bila saya fikir dia tertidur dalam keadaan letih dan lapar susu, menitik air  mata.....Ya Allah..memang kesian tengok dia.....

Masa tu saya dan hubby gilir-gilir peluk dia....kami ingat dia tak mau susu sebab pahit tekak kerana demam..Sepanjang malam kami berjaga...Sayu tengok Muammar....saya pula sampai sakit-sakit badan sebab bengkak susu....ye lah, Muammar tak mau hisap langsung. Sedangkan selalu malam-malam 3-4 round dia BF.... Last sekali dia BF masa on the way balik dari klinik jam 10 malam...kalau dah sampai subuh, dah berapa jam dia tak susu...kesian kan...?:((

Lepas solat subuh, hubby decide kami pi bawak Muammar ke hospital. Tak sanggup dah tengok dia nangis dan badan dia pun panas macam tak surut jer...

Waktu solat subuh, saya doa pada Allah sampai nangis-nangis....

"Ya Allah, sesungguhnya aku tak berdaya melihat Muammar tersiksa kesakitan..kesian dia kelaparan tak boleh menyusu dariku....jika lah boleh aku menanggung kesakitannya, aku rela Ya Allah..asalkan Muammar sihat dan tidak kelaparan. Biarlah aku yang menanggung pedih yang dia rasakan..."

Memang sayu sangat hati ibu nih bila tengok anak sakit tau...Kalau lah boleh, biar saya galang gantinya. Pagi tu, usai solat subuh, saya pump susu untuk Muammar....tangan sebelah pump susu, sebelah lagi gendongkan dia sebab dia tak mau berenggang dari saya......Alhamdulillah, 20 minit dapat 7 oz. Lega sikit bengkak susu saya. Saya buh 2 oz dalam sippy cup Muammar, pelan-pelan saya bagi dia sip sikit-sikit sepanjang perjalanan ke Alor Star. ... yang selebihnya saya bawak bekal untuk Muammar.

 Alhamdulillah, sikit-sikit dia telan buat hilang dahaga. Nak suruh dia direct feed memang tak mau. Tapi memang kesian sangat-sangat tengok dia. Tak boleh senyum dah. Badan dah letih sangat saya tengok. Maybe sebab lapar dan letih menangis dan tak cukup tidur.

Kesian anak ibu...:(
...to be continued.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...